Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.saw.wuf]/[ta.sa.wuf] | تصوف

Definisi : Ar ajaran (usaha, jalan) utk mengenal Tuhan dgn benar-benar dan mendekatkan diri dgn Tuhan;ilmu ~ ilmu suluk, ilmu tarekat, mistik; mengaji ~ menuntut atau meng­amalkan ilmu suluk (mistik); orang ~ orang yg menuntut dan mengamalkan suluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.saw.wuf]/[ta.sa.wuf] | تصوف

Definisi : satu cara atau kaedah utk mengenal Tuhan dan utk mendekatkan diri pd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tasawuf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suluk, tarekat, mistik.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sufistic poetrypuisi sufistikKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa tema dan persoalan serta amanat yang berhubungan dengan ilmu tasawuf iaitu ilmu yang berhubung ketuhanan. Beberapa buah syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-17 di Aceh umpamanya Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu digolongkan ke dalam puisi sufistik ini.
hierophanyherofaniKesusasteraanTiadaSuatu manifestasi yang menakjubkan dan kudus. Apabila manifestasi dizahirkan melalui objek alam atau manusia, manifestasi disebut sebagai �elementary hierophany�. Jika manifestasi dizahirkan melalui penjelmaan kehadiran Tuhan, manifestasi itu disebut sebagai �supreme hierophany�. Manifestasi ini dikaitkan dengan karya sastera yang bertemakan mistisisme dan tasawuf. Istilah herofani dikemukakan oleh Mircea Eliade. Lihat juga numina.
masnawimasnawiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu.

Kembali ke atas