Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. puji-pujian kpd Allah (dgn me-lafazkan Subhanallah); 2. serantai manik (drpd batu dll) spt kalung utk menghitung doa (zikir): ia senantiasa membilang buah ~ sepanjang hari; 3. rosario (dlm agama Kristian); sembahyang ~ a) sembahyang sunat yg di-kerjakan dgn membaca tasbih sebanyak 75 kali pd setiap rakaat mengikut urutan (dlm agama Islam); b) berdoa dgn membilang buah tasbih (dlm agama Kristian); bertasbih membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kpd Allah: mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa; mentasbihkan memuji-muji Tuhan, memĀ­baca tasbih terhadap (Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tasbih I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paternoster laketasik tasbihGeografiTiadaSatu siri tasik pada lurah glasier yang disekat di belakang moren atau lembangan batuan dan tertutup pada bahagian rendah oleh beting-beting batuan.
pearl lightningkilat tasbihGeografiTiadaTiada
canna (Canna indica)bunga tasbih (Canna indica)PertanianTiadaTiada
moniliformmoniliformBiologiHistologi dan Sitologi1. Perihal mempunyai genting yang berselang mengikuti jeada yang nalar. 2. Perihal melakukan proses pengecutan dan pemanjangan pada selang masa yang seragam. 3. Perihal berbentuk atau tersusun seperti tasbih.

Kembali ke atas