anadromous fish | ikan anadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi. |
bargaining theory | teori tawar-menawar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah yang digunakan dalam persaingan politik antara dua atau lebih pihak dalam sistem demokrasi. Teori ini menekankan bahawa proses tawar-menawar merupakan usaha penting yang digunakan oleh pihak terlibat untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua. Rundingan, tolak ansur dan toleransi merupakan prinsip utama untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Rundingan ini biasanya berakhir dengan pembentukan suatu perjanjian, permuafakatan, deklarasi dan manifesto bersama. Kaedah ini kerap digunakan dalam politik demokrasi memandangkan prosesnya tidak melibatkan kekerasan dan lebih mencerminkan suatu aktiviti politik yang bersifat sivil. Contohnya, perselisihan faham di antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan melalui proses tawar-menawar. |
freshwater fish | ikan air tawar | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang hidup di persekitaran air yang mempunyai saliniti 0 ppt. Contoh ikan air tawar ialah ikan kelah, ikan patin dan ikan keli. |
moina | moina | Perikanan | Akuakultur | Sejenis kutu air atau zooplankton air tawar halus dari kumpulan Kladosera yang digunakan sebagai makanan hidup kepada rega, benih ikan atau udang air tawar. |
catadromous fish | ikan katadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari ekosistem air tawar ke laut untuk membiak. Ikan katadromi menetas di laut, tetapi hidup dan membesar di kawasan air tawar dan hanya kembali semula ke laut untuk membiak. Contohnya, belut. Banding ikan anadromi. |
quid pro quo | quid pro quo | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah tawar-menawar atau tolak ansur yang dibuat antara dua atau lebih pihak oleh pemimpin kaum yang berbeza. Kaedah ini bertujuan mengelakkan konflik yang tercetus akibat perbezaan pandangan. Pihak-pihak ini saling memahami dan memerlukan antara satu dengan yang lain. Apabila berlaku sesuatu perbezaan pendapat, biasanya akan diakhiri dengan rundingan dan tawar-menawar. Contohnya, kelangsungan Barisan Nasional di negara ini hasil hubungan quid pro quo yang dibentuk antara pihak yang berkepentingan. |
saprolegniasis | saprolegniasis | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan air tawar yang disebabkan oleh kulat daripada famili Saprolegniaceae. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Bahagian yang sering dijangkiti ialah sirip, mulut dan badan. Sinonim penyakit wul kapas. |
ornamental fish | ikan hiasan | Perikanan | Akuakultur | Ikan air tawar yang dijadikan hiasan dalam akuarium seperti ikan kelisa/arowana, ikan emas, ikan gupi dan ikan plati. |
koi herpesvirus | herpesvirus koi | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan air tawar yang disebabkan oleh virus Cyprinid herpesvirus 3 daripada famili Alloherpesviridae. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti perdarahan pada insang dan badan diikuti dengan nekrosis sel pada tempat jangkitan. |
aquarium plant | tumbuhan akuarium | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan akuatik air tawar yang dijadikan hiasan di dalam akuarium. |