Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bing] | تبيڠ

Definisi : pinggir sungai dll yg tinggi lagi curam, lereng (gunung, bukit, dll): ~ yg tinggi; berarak ke ~ prb orang yg berlumba-lumba melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan; menebing menyerupai tebing, berbentuk spt tebing (awan yg tinggi dan tebal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bing] | تبيڠ

Definisi : tepi atau pinggir sungai dll yg tinggi serta curam; lereng bukit atau lereng gunung: ~ sungai. menebing menyerupai tebing; berbentuk spt tebing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ring ridgetebing gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTebing yang terbentuk pada bahagian hujung atas permukaan silinder enjin yang tidak dilalui oleh gelang omboh. Tebing ini terbentuk akibat permukaan silinder yang mengalami hakisan.
fiordfiordSains MarinTiadaTebing tinggi yang terbentuk secara semula jadi, meminggir panjang ke laut dan sempit di antara tebing tinggi, seperti yang banyak terdapat di negara Norway. Kebanyakannya terdapat di kawasan glasier terkini atau yang lampau, menganjur di bawah aras air laut.
riparian rightshak tebing(sungai)Penilaian Harta TanahTiadaTiada
flood-control worksbinaan kawalan-banjirHidrologiTiadaPermatang, tebing atau binaan lain di sepanjang sungai yang direka bentuk untuk mengehadkan banjir kepada suatu alur tertentu atau waduk kawalan banjir atau menghalakannya di sepanjang laluan banjir yang dirancang. (GHM)
wing walldinding kepakKejuruteraanTiadaDinding yang menyokong tanah tebing dan mengawal hakisan yang dibina di kedua-dua hujung pembentung.
Lilaeopsis sp.Lilaeopsis sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang hidup di tebing sungai atau dalam air. Lilaeopsis sp. berasal dari Amerika Selatan, Australia dan New Zealand. Tumbuh-tumbuhan ini kelihatan seperti rumput yang bersaiz 3 – 6 cm panjang serta mempunyai hujung daun yang tajam. Antara Lilaeopsis sp. yang popular dijadikan tumbuhan akuarium ialah Lilaeopsis brasiliensis.
tidal flatkukupSains MarinTiadaLumpur yang ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau tebing sungai. Kawasan airnya adalah cetek.
moleempang ombakSains MarinTiadaStruktur besar yang biasanya dibina menggunakan batu untuk menghalang aliran air. Permatang selalunya dibina di tebing sungai atau di pesisir pantai bagi mengelakkan air membanjiri kawasan tanah yang berhampiran. Sinonim permatang.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.
mud flatkukup lumpurSains MarinTiadaKawasan lodak halus yang berkeadaan rata di sepanjang pesisir atau di sekeliling pulau. Kawasan lumpur ini ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau di tebing sungai. Lihat juga kukup.
12

Kembali ke atas