xylan | xilan | Herba | Tiada | Sebatian gula karbohidrat jenis pentosan yang terdapat dalam lalang, tebu, sekam dan terutamanya dalam kayu tumbuhan luruh. Xilan apabila dihidrolisis akan menghasilkan pentosa dan xilosa. |
xylose | xilosa | Herba | Tiada | Formula C5H10O5. Gula pentosa aldosa yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan berkayu seperti dalam lalang, tebu dan serat biji yang berguna dalam pemanis bukan nutritif. Xilosa dikenali juga sebagai gula kayu. |
bioconversion | biopenukaran | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perubahan bahan organik seperti sisa tumbuh-tumbuhan atau haiwan kepada produk atau sumber tenaga melalui proses biologi yang melibatkan mikroorganisma atau enzim. Contohnya, penghasilan etanol daripada gula tebu melalui proses penapaian. |
homonym | homonim | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang sama dari segi bentuk dan ejaannya, namun apabila digunakan dalam sesuatu baris sesebuah puisi maknanya berbeza. Contohnya, kata bisa dalam konteks racun atau kesan disengat oleh ikan sembilang dengan kata bisa dalam konteks boleh atau dapat. Ataupun kata buku dalam konteks kitab dengan kata buku dalam konteks ruas tebu. |