plywood | papan lapis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang memiliki beberapa lapis venir kayu nipis yang dimampatkan bersilang di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Lapisan ini dicantumkan menggunakan bahan perekat. Terdapat juga lapisan yang digabungkan di antara venir kayu dengan lapisan papan zarah kayu. Bagi tujuan pembinaan yang khusus, setiap lapisan ira kayu disusun bertindih antara satu sama lain secara serenjang atau tegak lurus. Kayu keras yang digunakan adalah daripada spesies yang sama dan mempunyai ketebalan sekata. Biasanya, jumlah lapisan adalah ganjil. |