Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gun] | تݢون

Definisi : bertegun, menegun berhenti sebentar: ~ di pintu; tertegun tiba-tiba terhenti dan terdiam, berdiri tegak (tidak bergerak-gerak), terhenti (kerana hairan, terperanjat, memikirkan se-suatu, dll): ~ sejurus ia di muka pintu kamar itu; yg bernyanyi ~ yg bercakap dan tertawa berdiam diri; tertegun-tegun sebentar-bentar berhenti, terhenti-henti, tertahan-tahan, terputus-putus: ia melangkah, berjalan lambat-lambat disela-sela tempat yg telah diduduki orang, ~ sambil melayangkan mata kian ke mari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gun] | تݢون

Definisi : ; bertegun berhenti se­bentar (ketika sedang berjalan dll). tertegun tiba-tiba berhenti dan terdiam; terhenti dan tidak bergerak-gerak: Dia ~ sebentar di muka pintu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegun
Kata Terbitan : tertegun, tertegun-tegun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cutoutpintasan matiKejuruteraan AutomotifEnjinKehilangan kuasa secara sementara dan tidak berkala yang menyebabkan enjin berada dalam keadaan tegun. Keadaan ini mempengaruhi kebolehpanduan sesebuah kenderaan dan masalah ini menjadi lebih serius semasa kenderaan dipecut secara mendadak.

Kembali ke atas