Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ka.te.ki] | تکا - تکي

Definisi : 1. soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal: kanak-kanak biasanya sangat suka akan ~; 2. sesuatu per­kara yg susah atau sulit diselesaikan: manusia itu selalu merupakan ~ yg setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terduga-duga; ~ silang (kata) teka-teki dgn mengisi huruf dll dlm petak-petak; ~ terbang teka-teki dgn menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus dijawab dgn kata yg dieja dgn huruf-huruf itu; berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dgn teka-teki: biasanya percakapannya itu dijalankan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ka.te.ki] | تکا - تکي

Definisi : 1 soalan yg berupa pantun, cerita dsb utk permainan atau utk menduga akal. 2 sesuatu hal yg sulit (kurang terang, rahsia dsb). berteka-teki bersoal jawab dgn teka-teki; meng­ucapkan teka-teki supaya dijawab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teka-teki


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
folklorefoklorKesusasteraanTiadaKhazanah tradisional yang bersifat ujaran dan bukan ujaran yang wujud dalam masyarakat pratulisan. Foklor tersebar daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan, teladan, dan pengulangan. Foklor dianggap suatu bentuk maklumat budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat tradisional. Foklor dapat menghuraikan, mencontohkan, dan menanam nilai dan kepercayaan yang dianggap penting dalam masyarakat tersebut. Antara bentuk foklor termasuklah segala rupa adat resam, ritual, kepercayaan, seni kraf, cerita rakyat, puisi dan nyanyian rakyat, teka-teki, dan perumpamaan. Lihat juga cerita rakyat, teka-teki.
poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak.

Kembali ke atas