Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.kal] | تکل

Definisi : 1. tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten; 2. sesuai, selaras sepanjang masa; 3. ki teguh, tetap berpegang pd pendirian, pendapat, dll;ketekalan keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada penting utk menentukan penerimaan mendidik generasi muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.kal] | تکل

Definisi : 1 tidak berubah-ubah ke­adaan­nya; tetap; konsisten: Kaedah yg ~ digunakan demi menjaga kualiti ke­luaran. menekalkan menjaga atau meng­usahakan supaya tekal. ketekalan keadaan atau hal tekal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constant errorralat tekalSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira purata magnitud dan arah kesilapan yang berlaku semasa pergerakan.
absolute constant errorralat tekal mutlakSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan.
medium density fibreboardpapan gentian ketumpatan sederhanaKesenianHiasan DalamanKepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur

Kembali ke atas