Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekanan;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hemodynamichemodinamikKejururawatanTiadaStatus pengaliran darah dan tekanan yang berkaitan seperti tekanan darah, tekanan vena sentral, dan tekanan arteri pulmonari untuk mengukur status isi padu cecair pada pesakit dan fungsi jantung.
pressure relief valveinjap pelega tekananKejuruteraan AutomotifEnjinInjap yang terbuka apabila tekanan sistem melebihi tekanan tertentu untuk membenarkan tekanan berlebihan dilepaskan melaluinya. Keadaan ini membenarkan tekanan dalam sistem terkawal dan tidak melebihi had yang ditentukan. Injap ini juga terdapat dalam sistem pendingin dan sistem pelincir. Sinonim injap pelega.
intracranial pressuretekanan intrakraniumKejururawatanTiadaTekanan serebrum yang memberi gambaran tekanan intrakranium. Tekanan ini dipengaruhi oleh perubahan pada komponen utama isi padu intrakranium, seperti cecair serebrospina, darah dan tisu otak.
transducertransduserKejururawatanTiadaAlat yang berupaya menukarkan tekanan fisiologi dalam bentuk gelombang yang dipaparkan dalam monitor seperti gelombang tekanan arteri, tekanan intrakranium, dan tekanan atrium kanan atau kiri.
indicated mean pressuretekanan berkesan purata tertunjukKejuruteraan AutomotifEnjinPurata tekanan yang dijana dalam setiap silinder enjin dalam semua lejang, iaitu lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang pembakaran dan lejang ekzos. Tekanan ini boleh diukur le- dengan mengira luas graf tekanan-sesaran enjin. Data tekanan boleh dicerap melalui penderia tekanan yang dipasang pada salah sebuah silinder enjin yang telah dikenal pasti dan dipaparkan melalui peralatan visual seperti osiloskop. Sesaran enjin dalam unit isi padu diperoleh dengan mengukur sudut engkol. Singkatan IMEP.
pressure gradientkecerunan tekananKimiaKimia AnalisisKadar perubahan tekanan terhadap jarak. Dalam kromatografi gas atau kromatografi cecair prestasi tinggi, ia ditentukan dengan mengukur tekanan inlet dan tekanan outlet turus.
pulse pressuretekanan nadiKejururawatanTiadaPerbezaan tekanan darah sistolik dan tekanan diastolik arteri.
Macleod gaugetolok MacleodKimiaKimia AnalisisPeranti untuk mengukur tekanan gas yang rendah di antara 10-5 – 1 torr, di dalam sistem vakum tekanan tinggi. Tekanan ditentukan dengan mengukur tinggi turus raksa yang ditolak oleh gas yang terperangkap.
manifold absolute pressuretekanan mutlak pancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan dalam pancarongga pengambilan yang diukur pada skala tekanan mutlak. Nilainya berkadar terus dengan beban Jenjin dan berada di bawah paras tekanan atmosfera menyebabkan udara disedut ke dalam kebuk pembakaran. Singkatan MAP.
constant pressure combustionpembakaran tekanan malarKejuruteraan AutomotifEnjinPembakaran yang biasanya berlaku dalam enjin turbin gas pada tekanan malar. Pembakaran tersebut boleh berlaku dalam kitaran enjin diesel semasa lejang kuasa pada enjin pembakaran dalam. Omboh ditolak oleh tekanan yang dihasilkan semasa pembakaran, menyebabkan isi padu bertambah tetapi tekanan masih malar. Tekanan akan menurun apabila pembakaran mula berhenti.
12345678910...

Kembali ke atas