microelectronics | mikroelektronik | Kejuruteraan | Tiada | Teknologi pembinaan litar dan peranti menggunakan komponen-komponen bersepadu dengan teknik-teknik yang tertentu. |
chromatographic column | turus kromatografi | Kimia | Kimia Analisis | Sebarang turus yang diperbuat daripada kaca, keluli, tembaga atau polimer, yang didapati dengan fasa pegun. Ia merupakan tempat pemisahan berlaku dalam teknik-teknik kromatografi seperti kromatografi gas dan cecair. |
biometric security technique | teknik keselamatan biometrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Teknik yang digunakan untuk memberi keizinan capaian kepada suatu sistem komputer. Teknik tersebut meliputi teknik pengecaman jari, pengecaman muka, pengecaman suara dan pengecaman retina. |
etching technique | teknik punaran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik. |
dynamic light scattering | penyerakan cahaya dinamik | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik untuk mengenal pasti profil sebaran nano zarah dan purata saiz zarah dalam ampaian atau larutan. |
particle tracking velocimetry | velosimetri pengesan zarah | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik untuk mengukur halaju zarah yang berada di dalam cecair bagi menentukan saiz nanozarah. |
in media res | in medias res | Kesusasteraan | Tiada | Teknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali. |
microcontact printing | percetakan mikrosentuh | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk menghasilkan corak nanoskala litografi pada suatu permukaan emas menggunakan elastomer (bahan seperti getah) sebagai pengecap dan monolapisan alkiltiol sebagai dakwat. Teknik ini digunakan untuk mencetak lapisan protein dan polipeptida sintetik. Teknik ini mempunyai kelebihan berbanding teknik fotolitografi dalam mencorakkan lapisan biomolekul yang sensitif kerana tidak memerlukan penggunaan larutan yang tajam dan beralkali. |
Merrifield method | kaedah Merrifield | Fizik | Nanoteknologi | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
time of flight diffraction technique | teknik masa terbang belauan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu teknik ujian ultrasonik bagi mengesan dan menentukan kedudukan dan saiz ketakselanjaran. Prinsip teknik ini adalah dengan mengukur masa pergerakan gelombang ultrasonik dari prob penghantar ke puncak ketakselanjaran dan seterusnya kembali ke prob penerima. |