Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (téknik) 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /téknik/ 1 pengetahuan ttg pembuatan barang-barang, pem­bina­an jentera dll. 2 cara atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni (spt seni lukis, karang-mengarang). 3 berkaitan dgn sesuatu bidang yg khusus: istilah-istilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teknik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cara, tatacara, kaedah, prosedur, sistem, metode.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microelectronicsmikroelektronikKejuruteraanTiadaTeknologi pembinaan litar dan peranti menggunakan komponen-komponen bersepadu dengan teknik-teknik yang tertentu.
chromatographic columnturus kromatografiKimiaKimia AnalisisSebarang turus yang diperbuat daripada kaca, keluli, tembaga atau polimer, yang didapati dengan fasa pegun. Ia merupakan tempat pemisahan berlaku dalam teknik-teknik kromatografi seperti kromatografi gas dan cecair.
biometric security techniqueteknik keselamatan biometrikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTeknik yang digunakan untuk memberi keizinan capaian kepada suatu sistem komputer. Teknik tersebut meliputi teknik pengecaman jari, pengecaman muka, pengecaman suara dan pengecaman retina.
etching techniqueteknik punaranNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTeknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik.
dynamic light scatteringpenyerakan cahaya dinamikNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTeknik untuk mengenal pasti profil sebaran nano zarah dan purata saiz zarah dalam ampaian atau larutan.
particle tracking velocimetryvelosimetri pengesan zarahNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTeknik untuk mengukur halaju zarah yang berada di dalam cecair bagi menentukan saiz nanozarah.
in media resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali.
microcontact printingpercetakan mikrosentuhFizikNanoteknologiTeknik untuk menghasilkan corak nanoskala litografi pada suatu permukaan emas menggunakan elastomer (bahan seperti getah) sebagai pengecap dan monolapisan alkiltiol sebagai dakwat. Teknik ini digunakan untuk mencetak lapisan protein dan polipeptida sintetik. Teknik ini mempunyai kelebihan berbanding teknik fotolitografi dalam mencorakkan lapisan biomolekul yang sensitif kerana tidak memerlukan penggunaan larutan yang tajam dan beralkali.
Merrifield methodkaedah MerrifieldFizikNanoteknologiTeknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini.
time of flight diffraction techniqueteknik masa terbang belauanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu teknik ujian ultrasonik bagi mengesan dan menentukan kedudukan dan saiz ketakselanjaran. Prinsip teknik ini adalah dengan mengukur masa pergerakan gelombang ultrasonik dari prob penghantar ke puncak ketakselanjaran dan seterusnya kembali ke prob penerima.
12345678910...

Kembali ke atas