Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ték.ni.kal] | تيکنيکل

Definisi : (téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelak-sanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ték.ni.kal] | تيکنيکل

Definisi : /téknikal/ 1 berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu usaha, kerja dsb (ti­dak termasuk aspek, tatacara atau perincian kerja tsb): Projek itu ditangguhkan kerana masalah ~. 2 berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg khusus: kata ~; bidang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teknikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
technical delegatewakil teknikalSukanLumba BasikalPegawai yang dilantik sebagai ketua teknikal untuk menyelia kejohanan berbasikal.
ASEAN Common Technical Dossier (ACTD)Dosier Teknikal Sepunya ASEAN (ACTD)HerbaPeraturan dan PemasaranGaris panduan dalam penyediaan permohonan Dosier Teknikal Sepunya (CTD) yang dikemukakan kepada pihak berkuasa pengawalan ASEAN bagi pendaftaran produk farmaseutikal berasaskan herba untuk kegunaan manusia.
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.
technical sponsorpenaja teknikalEkonomiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dengan bayaran penuh atau sebahagian bayaran barangan atau perkhidmatan seperti peralatan perubatan, kesihatan, pengangkutan dan lain-lain.
technical sponsorpenaja teknikalKomunikasiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dengan bayaran penuh atau sebahagian bayaran barangan atau perkhidmatan seperti peralatan perubatan, kesihatan, pengangkutan dan lain-lain.
technical replicatereplikat teknikalBioinformatikBioinformatik Molekul-
tonictonikKesenianTiadaNama teknikal untuk nada pertama dalam skala major atau minor.
parallel edgetepian selariKesenianHiasan DalamanAlat mendraf seperti Mayline atau Paradraft yang dipasang dengan dawai tebal di atas papan lukisan teknikal. Tepian selari boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan selari tanpa menggunakan tekanan tangan ke atas sesiku-T. Alat ini menjadi pilihan pelukis pelan berbanding sesiku-T. Jenis tepian selari yang dibeli secara berasingan dan kemudiannya dipasang ke atas papan lukisan teknikal adalah lebih lembut dan licin berbanding jenis yang sudah siap dipasang.
ebb tidepasang menyurutSains MarinTiadaIstilah tak teknikal yang merujuk tempoh pasang surut antara air pasang dan air surut berikutnya.
foreign aidbantuan asingEkonomiTiadaBantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima.
123

Kembali ke atas