environmental technology | teknologi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan prinsip sains dan matematik dalam pemantauan, pengawalan dan pemuliharaan alam sekitar. Teknologi alam sekitar merangkumi reka bentuk peranti, simulasi proses dan meramal potensi kesan negatif bahan cemar terhadap alam sekitar. Contohnya, teknologi hijau dan teknologi bersih. |
pinch technology | teknologi jepitan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah sistematik yang digunakan secara menyeluruh dalam kejuruteraan proses berdasarkan prinsip termodinamik. Teknologi jepitan digunakan untuk menjimatkan penggunaan tenaga melalui teknologi pemindahan haba. |
digital immigrant | imigran digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital. |
microwave assisted technology | teknologi berbantu mikrogelombang | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Teknik elektropemanasan yang melibatkan penukaran tenaga elektrik kepada medan elektrik berfrekuensi tinggi dan seterusnya kepada tenaga haba. Teknologi ini digunakan untuk memanaskan sebarang bahan yang mengandungi cas elektrik mudah alih, contohnya molekul berkutub dalam pelarut atau ion dalam pepejal. Proses ini diakui mempunyai kecekapan tenaga hampir 100%. |
roadmap of green technology | hala tuju teknologi hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pelan strategik pengembangan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem. Hala tuju teknologi hijau adalah untuk memelihara persekitaran dan sumber semula jadi serta mampu mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia dan fenomena alam. |
educational technology | teknologi pendidikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bidang kajian penggunaan teknologi semasa untuk memperbaik penyampaian pendidikan yang merangkumi semua aspek perekabentukan, pembangunan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan, dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran merupakan salah satu cabang dalam teknologi pendidikan. |
biomass valorization technology | teknologi penaikan nilai biojisim | Sains dan Teknologi | Tiada | Teknologi untuk mempelbagaikan produk atau hasil, dengan memberikan nilai tambah kepada sisa pertanian. Contohnya, teknologi penghasilan sumber tenaga biojisim daripada sisa industri kelapa sawit. |
clean technology | teknologi bersih | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Produk, proses atau perkhidmatan yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar melalui penggunaan tenaga yang efisien, pelestarian sumber semula jadi atau aktiviti pemeliharaan alam sekitar. |
technology convergence/ technological convergence | pergabungan teknologi | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
instructional technology | teknologi pengajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bidang kajian penggunaan teknologi semasa bagi memperbaik pengajaran yang merangkumi semua aspek perekabentukan, pembangunan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan dan pentaksiran pengajaran. |