Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemĀ­prosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Certification Commission for Healthcare Information Technology (CCHIT)Suruhanjaya Pensijilan Teknologi Maklumat Kesihatan (CCHIT)Teknologi Maklumate-KesihatanBadan pensijilan dan pengujian yang ditubuhkan bertujuan untuk memajukan teknologi maklumat kesihatan. CCHIT menawarkan program pensijilan yang berkaitan dengan rekod kesihatan elektronik (EHR) dan juga rangkaian yang digunakan.
functional interoperabilitysaling kendali fungsianTeknologi Maklumate-KesihatanKeupayaan sistem teknologi maklumat, produk dan aplikasi perisian yang berbeza untuk berkomunikasi, bertukar data dan menggunakan data yang telah ditukar ganti. Skema dan piawaian pertukaran data tersebut membenarkan data dikongsi dalam kalangan pakar perubatan, makmal, hospital, farmasi dan pesakit pada masa kini atau masa hadapan tanpa sebarang sekatan.
health information technology (HIT)teknologi maklumat kesihatan (HIT)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang melibatkan reka bentuk, pembangunan, pembinaan, penggunaan dan penyelenggaraan maklumat dalam industri penjagaan kesihatan. Sistem ini dapat meningkatkan kualiti penjagaan pesakit, keberkesanan rawatan dan kepuasan pesakit serta mengurangkan kesilapan dan kos rawatan.
digital inclusionrangkuman digitalTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKemampuan individu dan kumpulan untuk mengakses dan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
digital inclusionrangkuman digitalTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKemampuan individu dan kumpulan untuk mengakses dan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
Health Information Technology Standards Panel (HITSP)Panel Standard Teknologi Maklumat Kesihatan (HITSP)Teknologi Maklumate-KesihatanOrganisasi yang ditubuhkan untuk mempromosikan keseragaman dan kesalingkendalian dalam pelbagai aplikasi penjagaan kesihatan dan sistem maklumat. Organisasi ini terdiri daripada pakar penjagaan kesihatan awam dan swasta, termasuklah pembangun aplikasi dan sistem, agensi kerajaan dan pengguna.
learning service provider (LSP)pembekal perkhidmatan pembelajaran (LSP)Teknologi Maklumate-PembelajaranSyarikat yang menyediakan perkhidmatan dan produk sistem penyelesaian teknologi maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran dan latihan kepada organisasi atau individu secara atas permintaan, bayar apabila guna atau penyampaian secara model hibrid.
National Information Infrastructure (NII)Prasarana Maklumat Kebangsaan (NII)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian peralatan dan peranti teknologi maklumat dalam sesebuah negara yang meliputi peralatan milik pentadbiran awam, swasta dan juga individu. Alat yang terlibat dalam NII ialah seperti perkakasan pengkomputeran, contohnya komputer meja dan pelayan, peranti input dan output, dan media storan yang semuanya dihubungkan oleh alat komunikasi dan pemancar, atau pemantul isyarat. Contohnya, satelit, litar suis dan pemancar gelombang mikro melalui perantara penghantaran, seperti wayar telefon dan gelombang radio.
e-healthe-kesihatanTeknologi Maklumate-KesihatanPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta inovasi untuk mempertingkat kesihatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Antara sistem yang menggunakan teknologi terkini ialah rekod kesihatan elektronik (EHR), rekod perubatan elektronik (EMR), dan sistem maklumat hospital (HIS). Sinonim e-perubatan.
consolidated health informatics (CHI)informatik kesihatan tergabung (CHI)Teknologi Maklumate-KesihatanInisiatif yang membolehkan piawaian pengurusan maklumat kesihatan bagi memudahkan transformasi sektor swasta kepada saling beroperasi dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (HIT). Ini membolehkan sistem yang berlainan berinteraksi dalam piawaian yang sama. Piawaian ini termasuk kesihatan aras 7 (HL7), pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) dan tatanama perubatan bersistem - terminologi klinikal (SNOMED-CT).
12345678910...

Kembali ke atas