Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tékstur) jalinan bahagian-bahagian yg halus sesuatu benda (spt jalinan serat pd kain, jalinan butir-butir halus tanah, dsb), daging (kain, buah, dll): tanah perlu diadun semula utk memperoleh ~ dan kesuburan yg sesuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tékstur/ jalinan atau susunan bahagian-bahagian yg halus yg mem­bentuk sesuatu benda (spt jalinan serat pd kain, susunan butir-butir halus tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekstur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
textureteksturKesusasteraanTiadaUnsur-unsur kekal dalam sesebuah karya seni sastera setelah prafrasa hujahannya dibuat.
texture losseskehilangan teksturPertanian OrganikTanaman Makanan-
sensory charactersciri deriaHerbaTiadaSifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut.
ocellaroselusGeologiTiadaBerhubung dengan tekstur batuan igenus, mempunyai agregat fenokris habluran yang tersusun secara jejari atau tangen di sekeliling hablur enhedron yang lebih besar.
ebonyeboniKesenianHiasan DalamanKayu hitam keras tropika bergenus diospyros, yang mempunyai tekstur yang padat dan boleh dikilatkan. Kayu eboni yang terkenal adalah daripada jenis diospyros ebenum dari selatan India dan Sri Lanka; dan diperdagangkan sebagai eboni Ceylon. Eboni biasanya digunakan untuk membuat perabot, terutamanya kekunci piano dan bernilai tinggi apabila digunakan untuk menghasilkan barangan hiasan seperti replika atau miniatur berbentuk haiwan.
microscopical examinationpemeriksaan mikroskopiHerbaTiadaKaedah untuk menentukan ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur dan rupa bahan herba seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya dengan menggunakan mikroskop. Kaedah ini berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk utuh atau yang telah diserbukkan. Bahan herba biasanya dirawat dengan bahan pelekap tertentu untuk melihat struktur tisu dan sel di bawah mikroskop cahaya. Setiap bahan herba mempunyai ciri mikroskopi tersendiri seperti stomata, trikom, fiber, vesel dan kandungan sel ergastik yang spesifik. Ciri ini boleh digunakan untuk membezakan antara spesies tumbuhan dan pemiawaian bahan herba. Contohnya, sel stomata akan kelihatan pada permukaan bawah spesimen daun, sel debunga pada bunga dan sel kanji pada rizom. Parameter kuantitatif seperti indeks stomata boleh digunakan untuk membezakan spesies yang hampir sama.
visual elementunsur visual-TiadaBlok binaan seni dan reka bentuk seperti garis, bentuk, warna, nilai, rupa, tekstur dan ruang.
buttermilkmentega susuSains KesihatanTiadaCecair yang tinggal selepas susu dijadikan mentega. Ia memberikan ciri-ciri rasa, tekstur dan rupa kepada mentega.
vesicularbervesikelGeologiTiada1. Berhubung dengan vesikel pada haiwan atau tumbuhan atau mengandungi vesikel.,2. Berhubung dengan tekstur batuan, terutamanya lava, yang dicirikan oleh limpahan vesikel yang terbentuk sebagai hasil pengembangan gas sewaktu peringkat cecair lava.
massive coralkarang masifSains MarinTiadaKarang yang mempunyai bentuk yang padat seperti bola atau bongkahan batu dengan tekstur permukaannya yang halus dan padat. Karang ini juga bersaiz besar dan dapat mencapai ketinggian dan kelebaran hingga beberapa meter.
12

Kembali ke atas