Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.kun] | تکون

Definisi : 1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melaku­kan sesuatu), bersungguh-sungguh: bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2. tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja men-cari nafkah; bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun me­num­pukan fikiran dll pd, sangat asyik (me­nger­jakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd); menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa menghabiskan waktu seng­gang dgn ~ pelajaran sekolahnya; menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan; menekunkan menjadikan (seseorang) tekun: ~ diri dgn beberapa penelitian;ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.kun] | تکون

Definisi : sungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekun (adjektif)
Bersinonim dengan rajin, gigih, bersungguh-sungguh, giat, rancak, asyik, beria-ia, teku, getol, selangkom, pulun;,
Kata Terbitan : bertekun, ketekunan,

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
morality playlakon moralitiKesusasteraanTiadaDrama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500).
counter weightpemberat imbangKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian unjuran yang diwujudkan dalam aci engkol melalui proses penuangan dan kedudukannya bertentangan dengan setiap jurnal rod penghubung. Bahagian ini menghasilkan berat tambahan yang digunakan untuk mengimbangi putaran aci engkol dan mengurangkan getaran serta beban galas akibat gerakan sifat tekun aci engkol.

Kembali ke atas