Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.la.dan] | تلادن

Definisi : perbuatan dll yg patut diikut, contoh: yg baik buat ~, yg buruk buat sempadan; meneladan meniru, mencontoh: mereka belajar dan ~ serta menerima perubahan di Barat; meneladani 1. memberi teladan kpd, men-j­adi teladan kpd: guru hendaklah ~ muridnya; 2. meniru, mencontohi: beliau berharap agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu; kita boleh ~ dan belajar drpd negara jiran, iaitu Indonesia yg dapat mengeluarkan filem yg bermutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.la.dan] | تلادن

Definisi : perbuatan dll yg patut diturut atau diikut; contoh: Perangainya yg lemah lembut itu menjadi ~ kpd teman-temannya. Hal yg baik buat ~. meneladan meniru; mencontoh: Kita hendaklah ~ cara-cara mereka membangunkan negara mereka. meneladani menunjukkan teladan kpd; memberi teladan kpd: Guru hendaklah ~ muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teladan (kata nama)
Bersinonim dengan contoh, model, ikut-ikutan, panduan, pedoman, nasihat, peringatan, pengajaran, iktibar, petunjuk;,
Kata Terbitan : meneladani,

Peribahasa

Jangan bercermin di air keruh.

Bermaksud :

Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
role actionperanan teladanKejururawatanTiadaTugas dan tanggungjawab jururawat yang bertepatan dengan peranannya. Tanggungjawab ini amat diharapkan oleh pesakit.
role modelmodel peranan/ suri teladanSosiologi KeluargaTiada-
Webinar Lesson Learnt from AccidentWebinar Pengajaran Kemalangan/Webinar Iktibar KemalanganPengurusanTiadaWebinar bagi berkongsi maklumat berkaitan dengan kemalangan untuk dijadikan teladan kepada industri dan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
fablecerita binatangKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudiannya berkembang di India dengan karya terkenal berjudul Panchatantran. Pengaruh Panchatantran tersebar luas ke Asia Barat. Justeru, muncul pula karya berjudul Kalila Wa Dimnah yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul, Khalilah dan Dimnah. Cerita binatang berkembang di Parsi, antaranya melalui karya Anvar-i Suhaili oleh Hussayn Wa�iz Khasifi. Karya ini mengandungi pelbagai cerita binatang seperti kisah burung, kucing, harimau, tikus, anjing, angsa, kala jengking, serigala, burung hantu, singa, helang dan lain-lain. Cerita binatang juga hidup subur dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak di Barat. Antaranya termasuklah koleksi cerita binatang oleh Thurber berjudul Fables for Our Time (1940), dan Jus So Stories oleh Rudyard Kipling (1902). Contoh cerita binatang dalam karya sastera Melayu yang terkenal ialah cerita Sang Kancil (Hikayat Sang Kancil) dan Pelanduk (Hikayat Pelanduk Jenaka). Kedua-dua hikayat ini merupakan cerita binatang asli Melayu yang telah wujud sejak zaman lisan dan masih terus dinikmati hingga hari ini. Cerita binatang juga dikenali sebagai dongeng binatang. Lihat juga fabel binatang.
folklorefoklorKesusasteraanTiadaKhazanah tradisional yang bersifat ujaran dan bukan ujaran yang wujud dalam masyarakat pratulisan. Foklor tersebar daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan, teladan, dan pengulangan. Foklor dianggap suatu bentuk maklumat budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat tradisional. Foklor dapat menghuraikan, mencontohkan, dan menanam nilai dan kepercayaan yang dianggap penting dalam masyarakat tersebut. Antara bentuk foklor termasuklah segala rupa adat resam, ritual, kepercayaan, seni kraf, cerita rakyat, puisi dan nyanyian rakyat, teka-teki, dan perumpamaan. Lihat juga cerita rakyat, teka-teki.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak.
frame storycerita berbingkaiKesusasteraanTiadaCerita dalam cerita. Dalam cerita berbingkai, terdapat sebuah cerita induk atau cerita inti yang merangkumi cerita sisipan yang bersifat utuh kendiri dan bebas. Cerita induk biasnya menjadi bingkai kepada cerita sisipan dengan cara menyediakan plot utama dan latar naratif. Cerita sisipan berbentuk cerita moralistik atau teladan yang relevan untuk tema inti. Cerita sisipan sering dikaitkan dengan cerita induk oleh seseorang pencerita. Contoh yang amat popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Bayan Budiman.
social pressuretekanan sosiaISains PolitikPolitik PerbandinganKuasa memaksa atau menekan yang lahir daripada masyarakat terhadap individu atau kelompok tertentu. Masyarakat dilihat memiliki kuasa menekan individu supaya berperlakuan menurut norma sosial masyarakat tersebut. Ia boleh bersifat kelakuan, cara berpakaian, cara berucap, berbahasa ataupun cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Kegagalan seseorang menurut norma sosial dan penyimpangan yang dilakukannya itu dianggap serius dan akan menyebabkan ia dipinggir, disindir atau dihukum oleh masyarakat. Tokoh yang menekankan peri pentingnya tekanan sosial ini ialah Emile Durkheim yang menyatakan betapa masyarakat memiliki kuasa untuk mempengaruhi perlakuan anggotanya. Contohnya, pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik supaya tidak dicemuh oleh masyarakat.

Kembali ke atas