zombie | zombi | Perfileman | Tiada | 1. Mayat yang telah dihidupkan semula dengan sihir. 2. Individu yang kelihatan hanya sebahagiannya hidup, tanpa sebarang perasaan atau minat terhadap perkara yang sedang berlaku. |
net premium | premium bersih | insurans | Tiada | 1. Amaun premium yang telah ditolak komisen ejen. 2. Premium yang perlu untuk melindungi hanya kerugian yang dijangka sebelum ditambah bebanan bagi perbelanjaan lain. 3. Premium asal yang ditolak dividen berbayar atau dijangkakan bagi polisi insurans hayat penyertaan yang insured memilih untuk menggunakan dividen untuk membayar premium. |
block | bongkah; sekat; blok; takal; adang (Tenis) | Kesenian | Tiada | 1. Blok: Kayu yang telah diguris yang digunakan untuk mencetak. |
overinsurance | insurans berlebihan | insurans | Tiada | 1. Keadaan yang wujud apabila insured telah membeli perlindungan yang lebih daripada nilai tunai sebenar atau kos mengganti sesuatu yang diinsuranskan. 2. Situasi yang melibatkan terlalu banyak perlindungan insurans hingga menggalakkan kewujudan bahaya moral atau morel. |
file | fail | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Maklumat dalam kerja komputer yang tersusun yang telah dikumpulkan. 2. Tempat menyimpan surat dan dokumen lain secara tersusun. |
processing | prosesan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Peringkat di dalam pemprosesan maklumat yang membolehkan data yang telah diinput, disunting, diisih dan dikelaskan. |
martial law | undang-undang tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981. |
close contact | kontak rapat | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang berada pada jarak kurang dari 1 meter dengan individu yang telah dijangkiti virus dan terkena rembesan orang yang dijangkiti. |
use of building | guna bangunan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) Jenis aktiviti semasa yang dijalankan dalam sesebuah bangunan.(2) Jenis aktiviti yang telah dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut kelas kegunaan bangunan. |
autonomous stage | peringkat autonomi | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat penghasilan perlakuan kemahiran motor yang bersifat seolah-olah berlaku secara automatik, lebih stabil dan tanpa mengalami sebarang kesukaran. Pada peringkat ini, atlet telah mencapai kemahiran yang tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |