?usn al-ta�l?l | ?usn al-ta�l?l | Kesusasteraan | Tiada | Penafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad? |
incurred losses | kerugian tertanggung | insurans | Tiada | Kerugian atau tuntutan insurans yang berlaku dalam tempoh insurans, tidak kira sama ada telah dibayar atau belum. |
audit | audit | Ekonomi | Tiada | Pemeriksaan penyata kewangan organisasi seperti firma atau pertubuhan sosial oleh juruaudit untuk menentukan sama ada penyata telah diuruskan dengan cara yang betul. |
hoarding disorder | kecelaruan tabiat umpukan | Psikologi | Tiada | Kecenderungan individu yang mempunyai tabiat suka mengumpul barang secara berlebihan dan mengalami kesukaran untuk membuang barang-barang tersebut, tanpa mengambil kira sama ada barang tersebut tidak lagi bernilai atau telah sedia ada sebelum ini. |
reserved seat | tempat duduk ditempah | Pelancongan | Tiada | Kerusi yang telah dipesan sama ada di restoran, dewan, pawagam atau di dalam kapal terbang, kereta api, bas dan feri melalui bayaran cagaran atau bayaran penuh. |
date of termination | tarikh tamat | insurans | Tiada | Tarikh perlindungan insurans ditamatkan sama ada disebabkan tempoh polisi telah berakhir atau polisi dibatalkan. |
ancestor | leluhur | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Tuai induk atau induk bagi spesies atau kumpulan ternakan yang sedia ada. Individu daripadanya telah mewujudkan individu kini. Dua individu mempunyai pertalian genetik, sekiranya yang satu ialah leluhur pada yang satu lagi, atau kedua-duanya berkongsi leluhur yang sama dari masa lampau. |
extract analysis | analisis ekstrak | Herba | Pemiawaian | Pengujian sama ada secara kualitatif atau kuantitatif ke atas komponen yang telah diasingkan daripada campuran cecair atau pepejal ekstrak herba. Contohnya, analisis filantin dan hipofilantin ekstrak metanol daun dukung anak (Phyllanthus niruri). |
identification | pengecaman | Pertanian | Tiada | Proses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat. |
extrinsic semiconductor | semikonduktor ekstrinsik | Fizik | Nanoteknologi | Semikonduktor yang telah didopkan. Bilangan elektron dan lohong adalah berbeza. Bilangan kepekatan lohong dan elektron menentukan semikonduktor tersebut sama ada jenis-n atau jenis-p. Banding semikonduktor intrinsik. |