throwback | imbau kembali | Umum | Tiada | Mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau. |
fingerling | anak ikan | Perikanan | Akuakultur | Peringkat hidup ikan yang telah berlaku metamorfosis daripada peringkat larva dan mempunyai morfologi yang lengkap. Pada peringkat ini, sirip dan sisik mula terbentuk. |
loss reserve | rizab kerugian | insurans | Tiada | Anggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer. |
losses incurred but not reported | kerugian tertanggung belum lapor | insurans | Tiada | Kerugian yang telah berlaku tetapi belum dilaporkan kepada insurer atau reinsurer. Pada akhir setiap tempoh kewangan, insurer patut menyediakan rizab untuk menampung kos kerugian sedemikian. |
absolute error | ralat mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Ralat perlakuan yang mengambil kira magnitud kesilapan yang telah berlaku. Ralat mutlak dalam biomekanik melibatkan pengukuran ketepatan prestasi motor secara keseluruhan. |
absolute constant error | ralat tekal mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Ralat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan. |
flashback | imbas kembali | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res. |
loss or not lost clause | fasal hilang atau tidak hilang | insurans | Tiada | Fasal dalam polisi insurans marin lautan yang memperuntukkan perlindungan diberi walaupun kerugian telah berlaku sebelum insurans diperolehi. |
criminal profiling | pemprofilan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kaedah yang digunakan dalam bidang kriminologi dan penyiasatan oleh sekumpulan pakar untuk meramal ciri-ciri pelaku atau penjenayah. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membandingkan beberapa jenayah bersiri yang telah berlaku. |
restorative justice | keadilan restoratif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu pendekatan di bawah sistem keadilan jenayah yang melibatkan individu yang terlibat dalam sesuatu jenayah seperti pesalah, mangsa, dan kadangkala wakil komuniti bagi membincangkan cara penyelesaian serta membaik pulih kerosakan atau kemudaratan, yang telah berlaku akibat jenayah tersebut agar satu perubahan positif dapat dilakukan. |