Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Peribahasa

Gigi tanggal,
     rawan murah.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free securitiessekuriti bebasPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti dalam akaun margin yang telah pun dibayar sepenuhnya.
interim receiptresit interimPentadbiran PerniagaanTiadaKenyataan yang dikeluarkan oleh insurer atau wakilnya yang menyatakan bahawa perlindungan telah pun berkuat kuasa.
inherited audiencekhalayak lajakKomunikasiTiadaKhalayak yang kekal menonton sesebuah rancangan lain yang disiarkan walaupun rancangan yang ditonton sebelumnya telah pun tamat.
second ionisation potentialkeupayaan pengionan keduaKejuruteraanTiadaKeupayaan yang diperlukan untuk memisahkan elektron yang paling lemah ikatannya pada atom yang telah pun kekurangan satu elektron.
piggybackgendongTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan memperoleh capaian ke suatu sistem sasaran secara terlarang dengan menyambung kepada beberapa sistem perantaraan yang telah pun mempunyai sambungan yang sah ke sistem sasaran tersebut.
circular overlappenindihan bulatBiologiGenetikFenomena apabila rantaian populasi sesuatu spesies yang selanjar dan berintegred melengkuk sehingga populasi yang berada di hujung bertemu dan bertindih, tetapi individu populasi tersebut telah pun mengalami pemencilan pembiakan.
random walk theoryteori perjalanan rawakPentadbiran PerniagaanTiadaTeori tentang pergerakan harga atau sekuriti, kontrak hadapan, komoditi atau opsyen yang menyatakan harga masa lepas tidak menjadi petunjuk harga masa hadapan kerana harga telah pun membayangkan reaksi pelabur terhadap maklumat baru dan bergerak secara rawak.
declinekemerosotan; kemunduran; menurunKejuruteraanTiada2. Berada pada arah menuju ke bawah daripada pengufuk atau condong ke bawah.,3. Menjadi kurang secara berterusan, daripada segi bilangan atau kecekapan.Biasanya ia menandai bahawa titik puncak telah pun dilalui.
checking copysalinan buktiKomunikasiKorporatSalinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan.
prophylaxisprofilaksisFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan melindungi atau mencegah daripada penyakit 2. Pencegahan atau rawatan perlindungan daripada penyakit untuk mengelakkan sesuatu penyakit daripada merebak. Profilaksis terbahagi kepada dua jenis bergantung pada keadaan, iaitu profilaksis primer dan profilaksis sekunder. Profilaksis primer ialah tindakan pencegahan daripada kemunculan sebarang penyakit. Profilaksis sekunder ialah keadaan apabila suatu penyakit telah pun dihadapi oleh pesakit dan pencegahan dilak:ukan bagi merawat penyakit bexkenaan supaya tidak menjadi lebih memudaratkan.
12

Kembali ke atas