Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : (téléfon) 1. = pesawat ~ alat utk ber­cakap dgn orang yg jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit); membuat panggilan ~ menelefon; 2. percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut: suatu pagi Mustapha menerima ~ sewaktu dia baru benar sampai di markas polis; ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai; ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; ~ selular telefon bimbit; ~ telinga sj alat yg dipakai di telinga utk membolehkan seseorang mendengar siaran radio atau perhubungan telefon; bertelefon 1. mempunyai telefon; 2. sedang bercakap melalui telefon; menelefon bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya dan menceritakan apa yg terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : /téléfon/ 1 = pesawat ~ alat utk bercakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat). 2 per­cakapan menerusi pesawat telefon: Pagi tadi dia telah menerima panggilan ~ drpd abangnya yg sedang belajar di Ipoh. ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai. ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. ~ selular telefon bimbit. bertelefon 1 bercakap melalui telefon; berhubung dgn menggunakan telefon: Ani sedang ~. 2 mempunyai telefon. menelefon bercakap-cakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain dgn menggunakan telefon: Dia telah ~ pihak polis utk memberitahukan kemalangan jalan raya yg baru berlaku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burner phonetelefon guna hapusKomunikasiTiadaTelefon bimbit yang menggunakan kad telefon prabayar tanpa kontrak rasmi dengan penyedia komunikasi. Telefon guna hapus biasanya akan dilupuskan selepas digunakan.
signaling system 7 (SS-7)sistem pengisyaratan 7 (SS-7)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol yang digunakan oleh syarikat telefon untuk menyelesaikan masalah serangan pemfrikan. Protokol ini mengasingkan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat data telefon, seperti data suara atau data paket ke jalur dalam. Protokol ini menghalang pemfrik daripada menggunakan alat seperti kota biru atau kotak hitam pada ganggang atau litar suara telefon untuk mengawal perkhidmatan telefon atau memperoleh perkhidmatan teristimewa daripada syarikat telefon. Hal ini demikian kerana litar ganggang telefon berada dalam jalur yang berlainan dan terpisah secara fizikal daripada jalur luar rangkaian telefon.
feature phonetelefon asasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTelefon mudah alih yang boleh melakukan beberapa perkara penting seperti menyambung ke internet, memainkan dan menyimpan muzik tetapi tidak mempunyai semua fungsi telefon pintar.
push button telephonetelefon punat tekanPentadbiran PerniagaanTiadaTelefon yang nombornya ditekan apabila membuat panggilan.
nomophobiafobia tanpa telefon bimbit / nomofobiaPsikologiTiadaPerasaan takut, gelisah atau kalut yang berlaku pada seseorang tanpa telefon bimbit yang boleh membawa kesan dalam kehidupan harian mereka.
call conferencesidang panggilanTeknologi Maklumate-PembelajaranSidang audio menerusi telefon yang melibatkan pemanggil sebagai hos sidang dan beberapa ahli sidang yang berada di lokasi berbeza melalui panggilan telefon untuk perbincangan.
Always On Display (AOD)Paparan Kekal (AOD)Teknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaCiri telefon pintar yang memaparkan maklumat terhad pada skrin seperti masa, tarikh, peratus kuasa bateri dan lain-lain semasa telefon berada dalam keadaan mod tidur.
push button telephonetelefon punat tekanKejuruteraanTiadaTiada
telephone transmitterpemancar telefonFizikTiadaTiada
telephone transmitterpemancar telefonKejuruteraanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas