Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.skop] | تيليسکوڤ

Definisi : (téléskop) alat yg bentuknya spt tiub panjang dan mempunyai kanta di dalamnya utk melihat objek yg sangat jauh, mis bintang, dgn terang dan besar, teropong jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.skop] | تيليسکوڤ

Definisi : /téléskop/ alat utk melihat benda yg jauh-jauh (spt bintang); teropong jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teleskop


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prism binocularteropong prismaFizikOptikSejenis binokular yang terdiri dari sepasang teleskop. Teleskop ini menggunakan sistem penegak prisma Porro untuk menegakkan imej dan mengurangkan panjang alat ini.
diffraction ringbelauan)MatematikTiadaGelang berpusat mengelilingi imej bintang dan berbentuk cakera kecil yang terbentuk dalam teleskop, terutamanya dalam teleskop kecil berbanding dengan teleskop besar.
inverting telescopeteleskop songsangFizikOptikTeleskop yang menyongsangkan imej biasa teleskop supaya objek yang hendak dicerap itu kelihatan terbalik.
star telescopeteleskop bintangFizikOptikTeleskop yang kanta objeknya besar untuk menambah pencahayaan dan menghasilkan imej tegak. Teleskop ini digunakan untuk membantu semasa pelayaran dengan mencerap kedudukan bintang.
corrector plateplat pembetulFizikOptikKanta tipis atau sistem kanta yang digunakan untuk membetulkan aberasi sfera bagi kanta sfera, atau koma bagi kanta parabola, biasanya digunakan dalam teleskop seperti teleskop Schmidt.
prismatic telescopeteleskop prismaKejuruteraanTiadaTeleskop teodolit yang mempunyai kanta mata yang dipasang prisma yang memantulkan pada 90o, dan memungkinkan pandangan curam diambil.
solar telescopeteleskop suriaMatematikTiadaTeleskop pantulan atau serakan yang dilengkapi dengan peralatan khas yang digunakan untuk mengkaji matahari.
transit telescopeteleskop transitMatematikTiadaTeleskop yang boleh berbuai pada satu arah sahaja, yakni ke atas dan ke bawah di sepanjang garis utara-selatan di langit di sepanjang meridian pencerap.
Tautenburg telescopeteleskop TautenburgMatematikTiadaTeleskop Schmidt yang terbesar di dunia yang mempunyai plat pembetulan berdiameter 53 inci, cermin sfera berdiameter 72 inci dan panjang fokusnya 157 inci.
astronomical telescopeteleskop astronomiFizikOptikTeleskop yang direka untuk pengamatan objek astronomi.
12345678910...

Kembali ke atas