Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lun.ju/] | تلونجوق

Definisi : 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, ke­ma­hu­an, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok, meni-kam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk ~, ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lun.ju/] | تلونجوق

Definisi : , = jari ~ jari di antara ibu jari dgn jari hantu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telunjuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan jari kedua

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan perintah, seruhan, arahan, kemahuan, kehendak.,


Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telunjuk mencocok (= merosok,
     menikam) mata.

Bermaksud :

Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
index fingerjari telunjukPerubatanTiadaJari yang terletak di antara ibu jari dengan jari hantu.
kikenkikenSukanTiadaPengumuman pengadil dengan menunjuk jari telunjuk ke garis tapak dan diikuti dengan pengumuman kemenangan oleh peserta lawannya.
nihon nukitetusuk dua jariSukanTiadaTusukan jari telunjuk dan jari hantu serentak ke sasaran lawan.
shihon nukitetusuk empat jariSukanTiadaTusukan jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking serentak ke sasaran lawan.
ippon nukitetusuk sejariSukanTiadaTusukan dengan menggunakan jari telunjuk ke sasaran lawan.
hansoku chuihansoku cuiSukanTiadaPengumuman pengadil menunjuk jari telunjuk ke arah dada pesalah dan memberi ipon kepada lawannya.
manual vaginal examinationpemeriksaan vagina manualKejururawatanTiadaProsedur menggunakan jari telunjuk dan jari hantu yang dimasukkan ke dalam salur vagina untuk mengetahui keadaan vagina dan serviks.
hitosashi ippon ken tsukitonyohSukanTiadaTumbukan dengan menggunakan buku kecil telunjuk.
puppet governmentkerajaan bonekaSejarahTiadaBentuk kerajaan yang digunakan sebagai dalang dengan mengikut telunjuk pihak tertentu atau pihak yang lebih berkuasa.
shikkakusyikakuSukanTiadaArahan penyingkiran dari kejohanan oleh pengadil dengan menunjukkan isyarat jari telunjuk ke muka pesalah.
123

Kembali ke atas