Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lus] | تلوس

Definisi : 1. dapat masuk ke dlm lubang dll, terus menem­bus, bulus, celus, lulus; 2. mudah di­faha­mi atau diketahui (tiada hal yg tersem­bunyi, disangsikan dsb): setiap keputusan hendaklah dibuat secara ~ dan dilaksana­kan segera; meneluskan menyebabkan telus: tidak ada pe-luang ~ sinarnya ke celah-celah pohon yg rendang; ketelusan keadaan atau sifat yg terus terang (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb): perlunya ~ dlm urusan kewangan negara; Malaysia mahu semua negara anggota APEC mengamalkan ~ sebagaimana yg dilaung-laungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lus] | تلوس

Definisi : 1 dpt masuk ke dlm lubang dsb; terus menembusi. 2 mudah difahami atau diketahui (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb): Penjelasan terhadap rasa tidak puas hati itu dibuat secara ~. ketelusan keadaan atau sifat telus: ~nya membuat dia mudah didekati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telus (adjektif)
Bersinonim dengan tembus, bolos, bobos, lulus, lepas, lalu, serap, resap, jerap, kejap.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
readerlymesra bacaKesusasteraanTiadaSifat teks yang bahasanya bersifat telus dan menggambarkan alam secara harfiah. Jalan cerita dan perwatakan dalam teks agak jelas. Oleh itu, pembaca hanya memainkan peranan yang pasif. Jenis karya ini diperkenalkan oleh pengkritik strukturalisme Perancis, iaitu Roland Barthes dalam bukunya bertajuk S/Z pada tahun 1970 bagi membezakannya dengan jenis karya yang dikenali sebagai cabar baca. Lihat juga cabar baca.
picture planesatah gambarKesenianHiasan DalamanSatah dua dimensi yang dilihat telus oleh seseorang. Satah ini bersifat tegak lurus 90 darjah daripada garis pandangan pemerhati.
machine politicspolitik jenteraSains PolitikPolitik PerbandinganPengurusan sesuatu parti atau organisasi yang tidak telus dan menjadi personal dengan kemunculan pemimpin tertentu yang menguasainya secara peribadi seperti seorang penaung. Pengurusan politik ini melibatkan aktiviti kebajikan dan bersifat responsif terhadap kehendak ahli. Politik ini sangat tertumpu kepada kuasa ketua yang bersifat suka mengarah dan tidak mengambil kira persoalan tanggungjawab, kecekapan, semak dan imbang serta ketelusan pengurusan. Walaupun begitu, sebahagian daripada tumpuan parti bertujuan membantu orang yang mengalami kesusahan. Contohnya, pengurusan Parti Demokrat New York yang lebih dikenali sebagai Tammany Hall pada abad ke-19 sering dikaitkan dengan amalan politik jentera.
oropharyngeal airwayrasional kejururawatanKejururawatanTiadaAlat salur udara yang dimasukkan ke dalam mulut untuk menentukan salur udara menjadi telus. Biasanya alat ini dimasukkan kepada pesakit yang tidak ada refleks gag.
nasopharyngeal airwayalat saluran udara nasofarinksKejururawatanTiadaAlat salur udara yang dimasukkan melalui lubang hidung ke farinks untuk menentukan salur udara menjadi telus.
depoliticizationpenyahpolitikanSains PolitikPolitik PerbandinganProses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia.
waxlilinHerbaTiadaBahan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik dan tidak larut dalam air. Lilin diperoleh daripada tumbuhan atau haiwan. Lilin membentuk lapisan pelindung tidak telus air pada daun, batang, buah, bulu haiwan dan intergumen serangga dan digunakan sebagai bahan tambahan farmaseutikal. Contohnya, lilin lebah kuning yang diperoleh daripada sarang lebah (Apis mellifera) dan lilin karnuba daripada daun Copernicia cerifera.
Government Technology (GovTech)Kerajaan Berteknologi MajuPentadbiranTiadaPendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12)
glasnostKeterbukaanSains PolitikPolitik PerbandinganPolisi yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev pada tahun 1985 yang membawa makna keterbukaan atau publisiti (penghebahan). Matlamat Gorbachev untuk melancarkan dasar ini asalnya bertujuan memberi tekanan kepada golongan konservatif dalam parti yang menentang dasar penstrukturan ekonomi Soviet atau Perestroika. Perkembangan penggunaan konsep ini kemudiannya membawa makna keterbukaan politik seperti kebebasan bersuara, pentadbiran yang telus, terbuka kepada pertanyaan, kritikan dan perdebatan. Hasil daripada dasar ini, pemerintahan Soviet dekad 1990-an kemudiannya mengalami proses perubahan yang besar dan menjadi lebih demokratik. Sinonim glasnost.
primacy of politicskeperdanaan politikSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik atau unsur politik sebagai faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan manusia keseluruhannya. Keperdanaan politik memperlihatkan pembangunan ekonomi, keharmonian sosial, kejayaan diplomasi, pentadbiran, kecemerlangan pendidikan dan sebagainya yang bergantung kepada unsur politik dalam sesebuah masyarakat. Keperdanaan politik mencerminkan pertukaran politik lama yang tradisional kepada politik yang lebih demokratik, telus dan stabil bagi melahirkan pentadbiran yang baik. Ini akan menyumbang kepada proses pembangunan yang lancar. Contohnya, Adrian Leftwich (2002) dalam tulisannya States of Development: On the Primacy of Politics in Development telah menyatakan bahawa dengan meminggirkan unsur politik, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak akan berlaku.
12

Kembali ke atas