Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ma] | تيما

Definisi : (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ma] | تيما

Definisi : /téma/ dasar cerita yg di­per­cakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. bertema mempunyai tema. ber­temakan meng­gunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ “Amanah Asas Kejayaan”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tema (kata nama)
Bersinonim dengan dasar, asas, pokok, tajuk, judul, motif, isi;,
Kata Terbitan : bertemakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
odeodaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t.
buried themetema tersiratKesusasteraanTiadaTema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan.
themetemaKesusasteraanTiadaMesej utama yang terkandung dalam sesebuah karya termasuklah novel, cerpen, drama dan puisi. Tema jarang diungkapkan secara langsung tetapi diekspresikan melalui imej yang berulang-ulang, mengandungi aksi, watak dan lambang serta harus ditafsirkan oleh pembaca atau khalayak. Tema berbeza dengan subjek (topik atau perkara yang ingin diperkatakan). Tema merupakan komen, pemerhatian, dan telahan tentang subjek. Tema dalam bahasa Yunani bermaksud �cadangan� atau �letak�.
Faust themetema FaustKesusasteraanTiadaTema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus.
themetemaKesusasteraanPuisiPersoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar. Dalam puisi, persoalan atau idea tersebut agak sukar ditentukan kerana bahasa yang menjadi alat penyampaian lebih bersifat menggambarkan dan bukan menceritakan.
shi�r ?l-f?khrshi�r ?l-f?khrKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shi�r ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shi�r ?l-hij?�. Antara pencipta shi�r ?l-f?khr ialah Imru�al-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?.
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
motivemotifKesusasteraanTiadaUnit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan ialah satu motif, begitu juga pembuangan, fitnah, fakir, ibu tiri dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud motif panduan.
mythmitosKesusasteraanPuisiCerita tentang tema dan persoalan yang menjadi pemikiran kepada seseorang penyair. Lazimnya tema dan persoalan yang diungkapkan adalah berhubung dengan manusia atau makhluk yang luar biasa dari segi sifat dan perwatakannya.
balladbaladaKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni.
12345678910...

Kembali ke atas