temak batu | temak batu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Shorea siamensis daripada famili Dipterocarpaceae. Gubal kayu temak batu berwarna lebih muda dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 975 hingga 1090 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan lambat mengering tetapi mudah dikemas siap. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi dan sukar diawet. Kayu temak batu biasanya mempunyai batang yang kecil dan bengkok, dan sukar didapati dalam saiz yang besar. Kayu ini boleh digunakan untuk kerja binaan berat, jambatan, cerucuk, dan alas landasan kereta api. |
beach forest | hutan pantai | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kawasan hutan yang membentuk satu jaluran sempit di sepanjang pantai yang berpasir dan berbatu kecil. Pembentukannya sangat dipengaruhi pasang surut air laut. Contohnya, Hutan Temak Batu di Pulau Rebana, Perlis. |