Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ma.sya] | تماش

Definisi : 1. peristiwa yg kelihatan, pertunjuk-an, tontonan: beliau akan menyam­paikan hadiah kpd yg berjaya pd akhir ~ sukan tersebut; 2. pemandangan yg menarik hati, keindahan alam: baginda belayar me­ngem­­bara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang; bertemasya pergi mengembara utk meng­hiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yg indah-indah dll): ~ ke pulau yg indah dan permai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ma.sya] | تماش

Definisi : sesuatu yg dipertunjukkan utk menghibur hati; pertunjukan sandi­wara, sukan dll: Kebanyakan sekolah mengadakan ~ sukan dlm bulan Jun atau Julai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temasya (kata nama)
Bersinonim dengan pesta, keramaian, parti.,
Kata Terbitan : bertemasya,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carnivaltemasyaSejarahTiadaPesta besar-besaran dengan sambutan yang beraneka ragam.
Meet Manager (sports)Pengurus TemasyaPendidikanTiadaTiada
Secretary of the MeetSetiausaha TemasyaPendidikanTiadaTiada
advertising commissionerpesuruhjaya iklanSukanTiadaPegawai yang bertanggungjawab dalam bidang pengiklanan sesuatu temasya sukan.
press boxruang akhbarKomunikasiTiadaTempat yang dikhaskan untuk para wartawan membuat liputan acara atau temasya.
folk non-narrativecerita rakyat tankisahanKesusasteraanTiadaCerita-cerita rakyat yang bercorak puisi. Contoh: Syair Dandan Setia, Syair Jaran Temasya.
dabusdabusKesusasteraanTiadaSejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari.
nonnarrative folksongsnyanyian rakyat tankisahanKesusasteraanTiadaNyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4]
mystery playdrama misteriKesusasteraanTiadaDrama yang mengisahkan cerita Bible kehidupan tokoh agama Kristian. Drama ini berasal dari gereja pada kurun ke-10 sebagai salah satu kandungan upacara sembahyang. Seterusnya drama misteri berkembang menjadi drama lengkap yang ditulis dalam bahasa biasa (bukan Latin) dan dipersembahkan di luar gereja oleh Persatuan Pedagang. Drama ini dipentaskan di temasya Corpus Christi yang merangkumi keseluruhan cerita kehidupan manusia dari permulaan hingga ke hari pembalasan.

Kembali ke atas