Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk membuat dawai (periuk dll); ~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuningĀ­an, loyang; ~ perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd campuran emas dan tembaga;menembaga berwarna merah spt tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga I

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patinapatinaKesenianHiasan DalamanKesan proses pengoksidaan tembaga dan aloi yang menyebabkan tembaga tersebut menjadi kehijau-hijauan atau keperang-perangan. Patina boleh dikaitkan dengan corak perabot yang berkilau, hasil daripada penuaan dan pengilatan yang kerap. Patina merupakan salah satu ciri yang melambangkan pemeliharaan dan pemuliharaan perabot berkonsep antik.
segmentruasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJalur tembaga yang terdapat pada penukar tertib.
windingbelitanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelungan dawai tembaga yang melilit teras besi.
inlayinlaiKesenianHiasan DalamanHiasan yang dibenamkan pada sesuatu permukaan. Contohnya, tembaga atau kayu di permukaan meja.
betty lamplampu bettyKesenianHiasan DalamanLampu yang diperbuat daripada besi atau tembaga, yang boleh digantung di siling atau didirikan di lantai untuk kegunaan di rumah atau di bengkel. Lampu ini menggunakan minyak ikan dan kain yang digulung sebagai bahan api, dan digunakan secara meluas oleh koloni Amerika dan Eropah. Betty berasal daripada perkataan Jerman besser atau bete yang bermaksud 'menjadikannya lebih baik'.
brass furnitureperabot loyangKesenianHiasan DalamanPerabot yang disudahkan atau dikemaskan dengan perhiasan tembaga.
chromatographic columnturus kromatografiKimiaKimia AnalisisSebarang turus yang diperbuat daripada kaca, keluli, tembaga atau polimer, yang didapati dengan fasa pegun. Ia merupakan tempat pemisahan berlaku dalam teknik-teknik kromatografi seperti kromatografi gas dan cecair.
commutatorpenukar tertibKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian hujung angker yang mengandungi beberapa segmen tembaga yang berfungsi sebagai penghubung antara angker dengan berus karbon.
German silverperak JermanKesenianHiasan DalamanBesi aloi yang dikenali sebagai perak nikel, hasil campuran tembaga, timah dan nikel. Bahan ini tahan karat dan boleh ditempa atau dilentur.
Boulle marquetrytatahan BoulleKesenianHiasan DalamanTeknik perhiasan tatah dalam yang diperkenalkan oleh tukang tatah Perancis bernama Andre Charles Boulle pada abad ke-17. Perhiasan tatah dalam diperbuat daripada marmar, timah, tembaga atau mutiara yang membentuk corak, reka bentuk dan gambar.
12

Kembali ke atas