Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) tali-temali di kapal (perahu) utk meneguhkan tiang; ~ belakang = ~ buritan = ~ turut temberang yg di belakang tiang; ~ haluan temberang yg di sebelah hadapan; ~ lenggang temberang yg di kiri kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) percakapan dll yg sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~ bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong; menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd, membohong: Roslan ~ isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu utk meneguhkan tiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ percakapan atau kata-kata yg sedap didengar tetapi tidak benar; cakap yg muluk-muluk: Cakapnya tidak benar, ~ semata-mata. ~ lapuk cakap yg tidak berisi atau yg bohong. menemberang bercakap bohong; berbohong. menemberangi bercakap bohong kpd; membohongi: Dia telah ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temberang (kata nama)
Bersinonim dengan tipu, dusta, bohong, auta, koyok;,
Kata Terbitan : menemberang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
braggadociobraggadocioKesusasteraanTiadaWatak dalam drama komedi Greek dan roman. Watak ini digambarkan sombong, bongkak, bercakap besar, temberang, tetapi sebenarnya pengecut. Contohnya watak Don Adriano de Armada dalam karya Shakespeare berjudul Labour�s Lost. Jika watak braggadocio ialah seorang askar, watak itu digelar mile gloriosus.

Kembali ke atas