Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; mem­beri makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembikar (kata nama)
Bersinonim dengan porselin, seramik.,

Peribahasa

Jangan berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ceramicseramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiArtifak yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar pada suhu tertentu. Antara artifak yang dikategorikan sebagai seramik ialah terra cotta, tembikar, tembikar batu, porselin dan seladon. Seramik ialah salah satu bahan perdagangan yang utama di Asia Tenggara dan di Eropah. Seramik juga dianggap sebagai bahan milik yang amat berharga pada sesetengah masyarakat, seperti tajau (tempayan) bagi masyarakat Iban di Sarawak. Pusat pembuatan seramik perdagangan awal yang utama ialah China, Khmer (Kampuchea), Thailand dan Parsi. Perkataan seramik berasal daripada perkataan Yunani �keramos� bermaksud barang yang mudah pecah.
tripot potterytembikar trikakiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTembikar yang diperbuat daripada tanah liat yang mempunyai tiga kaki. Terdapat lubang pada kaki tembikar dan corak hias tali pada badannya. Lubang yang terdapat pada kaki tembikar ini berfungsi untuk mengalirkan haba panas semasa pembakaran. Bahagian kaki dilekatkan pada bahagian dasar tembikar. Masyarakat yang membuat tembikar ini tergolong dalam budaya Neolitik. Di Asia Tenggara, tembikar ini dijumpai di Ban Kao (Thailand) dan Gua Berhala (Kedah).
earthenwaretembikar tanahArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTembikar yang diperbuat daripada tanah liat mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat dua kaedah penghasilan tembikar, iaitu secara jemuran matahari dan pembakaran dengan suhu antara 350� C hingga 1000�C. Tembikar tanah mudah diresapi air kerana mempunyai lubang yang banyak. Tembikar ini mempunyai dua ciri yang berbeza, iaitu berhias dan tidak berhias. Bahan asasnya juga melibatkan campuran dengan unsur asing untuk menguatkannya seperti pasir, pecahan cangkerang, sekam padi dan tembikar yang telah pecah. Contoh ini dijumpai di Gua Angin, Jerantut (Pahang).
BatavianwareTembikar BataviaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTembikar yang disalut atau dihiasi dengan warna coklat kekuningan (glasier plumbum) yang terdapat dalam pelbagai warna. Tembikar ini mempunyai hiasan pada badan sama ada di bawah atau di atas lapisan glasier. Tembikar ini wujud sekitar tahun 1662 -1722 Masihi pada zaman Kangxi. Tembikar ini dikenali dengan Batavianware kerana diperdagangkan dari Batavia (Jakarta) ke pasaran Belanda.
cord marked (design)tanda taliArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah tekapan yang digunakan dalam menghasilkan pola hias pada tembikar tanah, dibuat semasa tembikar masih basah yang biasanya terdapat pada bahagian badan. Tanda tali merupakan ciri khusus bagi tembikar tanah pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, di Malaysia tembikar tanda tali dijumpai di Gua Cha (Kelantan). Sinonim cap tali.
Derby porcelaintembikar DerbyKesenianHiasan DalamanTembikar yang menggunakan motif bunga dan figura yang dibuat di Derby, England. Tembikar ini dipercayai dihasilkan pada tahun 1750.
Fulham stonewaretembikar FulhamKesenianHiasan DalamanTembikar yang mempunyai permukaan berkilat dan dikaitkan dengan porselin, dan berasal dari daerah Fulham di England. Tembikar ini diperkenalkan oleh Robert Wallace Martin pada tahun 1873.
underglaze decorationhiasan bawah licauKejuruteraanTiadaHiasan pada tembikar anum dan tembikar biskut yang dilitupi dengan licau lut sinar.
bone chinatembikar chinaKesenianHiasan DalamanTembikar yang dibuat daripada kapur campuran tanah liat dan abu tulang sebagai serbuk komponen utama yang mula diperkenalkan di Britain. Tembikar ini berwarna putih serta mempunyai ketahanan yang kuat.
blisterlepuh (tembikar)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLepuh yang berlaku pada tembikar akibat pembakaran, kesan tindak balas tanah dan kualiti pembuatan yang tidak setara. Pelepuhan juga boleh terjadi pada lapisan glasier yang tidak tebal, bahagian leher dan badan tembikar yang sering disentuh oleh manusia.
12345678910...

Kembali ke atas