Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (téméh); remeh-~ tidak mustahak (penting), tidak berharga; ® remeh-temeh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata temeh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hachneyedlusuhKesusasteraanTiadaStail penulisan yang terlalu biasa dan membosankan. Tema penulisan berkisar tentang perkara remeh-temeh yang kurang diberi perhatian oleh pembaca. Lihat juga klise.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.
anticlimaxantiklimaksKesusasteraanTiadaPerubahan secara tiba-tiba yang berlaku di akhir sesuatu tulisan (naratif atau deskriptif) atau percakapan, daripada idea yang lebih penting atau serius kepada sesuatu yang biasa, remeh-temeh atau melucukan. Istilah ini biasanya dihubungkan dengan kesan yang dialami oleh pembaca pada ketika sesuatu kejadian atau kisah itu diharapkannya akan menjadi suatu peristiwa yang lebih menarik, lebih hebat, lebih serius atau seumpamanya, tetapi pada akhirnya yang berlaku adalah sebaliknya. Antiklimaks mungkin mendatangkan kekuatan atau kelemahan kepada sesuatu kisah, bergantung pada sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Unsur ini mungkin dilakukan secara mendadak atau dengan menyusun cerita secara perlahan-lahan dan mengubahnya daripada penumpuan dan jangkaan sebenar pembaca.
manners comedykomedi tingkah lakuKesusasteraanTiadaBentuk drama komedi yang mengejek tingkah laku golongan menengah dan kelas atasan. Golongan ini dikatakan canggih dan memberikan tumpuan pada karenah percintaan remaja dan isu yang remeh-temeh. Kesan jenaka dimunculkan melalui dialog yang licik, pertikaman lidah dan sikap kepura-puraan golongan tersebut. Watak yang terlibat dalam drama ini digambarkan sebagai lucu, sinis dan kepura-puraan. Lihat juga drama satir, komedi, komedi satira.

Kembali ke atas