Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pah] | تمڤه

Definisi : = wang ~ wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang, upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan dikehen­daki membayar ~nya; menempah 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyu­ruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; menempahkan menempah utk seseorang; tempahan 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka; penempahan perihal (perbuatan dsb) me­nem­pah, pemesanan (barang); penempah orang yg menempah (memesan) barang, orang yg membuat tempahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pah] | تمڤه

Definisi : , = wang ~ wang pendahuluan utk upah membuat pakaian dll; ceng­keram. menempah 1 memesan barang-barang dll dgn membayar wang tempah; membeli dgn membayar cengkeram: Wangnya telah habis kerana ~ perabot rumah. 2 menyuruh membuat pakaian dll dgn ukuran yg tertentu: Baju batik yg ditempahnya dahulu sudah siap. 3 ki sengaja mencari (bahaya dsb): ~ maut. tempahan sesuatu yg ditempah. pe­­nem­pahan perbuatan atau hal menempah. penempah orang yg menempah; orang yg membuat tempahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempah
Kata Terbitan : menempah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
appsappTeknologi Maklumate-PembelajaranSingkatan bagi perisian aplikasi. Sejenis perisian yang dipasang dalam komputer, tablet atau telefon pintar yang bertujuan untuk melaksanakan tugas tertentu seperti pemproses kata, peta, tempah hotel, tempah tiket penerbangan, radio, Internet, pendidikan, kamus dan lain-lain. Dalam konteks pendidikan, app lazim digunakan untuk tujuan gamifikasi, aktiviti pembelajaran interaktif, pengurusan kandungan, komunikasi dan penilaian.
trip stackingsusun tempah perjalananPelanconganTiadaAmalan merancang dan menjadualkan beberapa aktiviti pelancongan dalam tempoh masa yang berdekatan atau berturutan disebabkan oleh terdapat aktiviti yang akan berisiko terbatal.

Kembali ke atas