catachresis | salah ungkap | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis . |
gothic romance | novel gotik | Kesusasteraan | Tiada | Novel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik. |
isolationist | pemencil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara atau kelompok masyarakat yang bertindak memisahkan hubungannya dengan negara, masyarakat dan badan dunia lain. Dasar luarnya tidak menyentuh pihak lain dan tidak juga menjemput perwakilan luar datang ke tempatnya. Bagi negara yang mengamalkan pemencilan ini, mereka tidak menganggotai sebarang pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Opec, Nato atau Komanwel. Tujuan pemisahan ini dilakukan kerana ideologi, budaya dan keselamatan. Contohnya, Republik Rakyat China telah lama menutup pintu terhadap kemasukan delegasi atau peniaga negara lain sejak menjadi komunis. Perubahan dasar China hanya berlaku pada dekad 1980-an. |