Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elimination periodtempoh singkirinsuransTiadaTempoh perhatian atau tempoh tangguh yang terdapat di dalam sesuatu polisi insurans kesihatan. Dalam tempoh ini pihak insurer tidak akan membuat sebarang bayaran faedah kepada insured.
excepted periodtempoh terkecualiinsuransTiadaTempoh selepas permulaan tarikh polisi apabila faedah penyakit tidak akan dibayar. Tujuan tempoh ini untuk mengecualikan penyakit sebenar yang dihidapi sebelum polisi berkuat kuasa. Ini berlainan daripada tempoh singkir dan tempoh tangguh.
period by period cashflowaliran tunai tempoh demi tempohPenilaian Harta TanahTiadaTiada
capital assetaset modalEkonomiTiadaAset ketara dan tak ketara yang digunakan untuk menjalankan aktiviti organisasi bagi tempoh yang melebih tempoh terpanjang antara satu tempoh perakaunan atau satu kitaran kendalian. Misalnya, tanah, bangunan, dan jenama perniagaan.
term of policytempoh polisiinsuransTiadaTempoh sesuatu polisi itu berkuat kuasa. Biasanya premium bagi tempoh ini telah dibayar terlebih dahulu. Tempoh ini mungkin setahun, atau lebih walaupun premium dibayar setiap enam bulan, atau mengikut kekerapan lain.
certificate expirytamat tempoh perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempoh bagi sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh autoriti perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang diberikan oleh autoriti perakuan ialah satu tahun.
notification validity periodtempoh kesahan pemberitahuanHerbaPeraturan dan PemasaranJangka masa sah sesuatu nota pemberitahuan bagi produk kosmetik. Di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan produk kosmetik adalah selama 2 tahun. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab memastikan tempoh kesahan pemberitahuan produknya di pasaran. Pembaharuan nota pemberitahuan hendaklah dilakukan tidak lewat dari sebulan sebelum tamat tempoh produk. Sinonim tempoh kesahan notifikasi.
prooestrusproestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu fasa yang terdapat dalam kitaran estrus. Proestrus merupakan suatu tempoh sebelum tempoh kesuburan dan seksual pada haiwan mamalia betina. Pada peringkat ini, haiwan betina akan menunjukkan tanda awal untuk mengawan.
gestation periodtempoh kebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTempoh perkembangan janin dalam kandungan ibu. Contoh tempoh kebuntingan untuk lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari.
validity periodtempoh sahHerbaPeraturan dan PemasaranJangka masa produk berdaftar atau kosmetik diberitahu dibenarkan untuk berada dalam pasaran. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Ubat, tempoh sah bagi pendaftaran produk herba adalah selama 5 tahun dan perlu diperbaharui 6 bulan sebelum tamat tempoh. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh sah kosmetik diberitahu adalah selama dua tahun dan perlu diperbaharui satu bulan sebelum tamat tempoh.
12345678910...

Kembali ke atas