Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : temu ramah, wawancara, interviu; bertemu bual bertemu ramah, berwawan­cara; menemu bual menemu ramah, mewawan­cara, menginterviu: wartawan-wartawan sedang ~ Perdana Menteri; penemubual penemu ramah, pewawancara, penginterviu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pertemuan dgn seseorang utk bersoal jawab (spt antara pemberita dgn tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab utk mendapatkan berita dsb (spt antara pemberita dgn tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (spt tokoh politik) utk mendapatkan berita dsb; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yg menemu bual; penemu ramah; pewawancara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public opinionpendapat awamSains PolitikPolitik PerbandinganPandangan , sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui pungutan pendapat terhadap satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu perkara. Pendapat umum ini dianggap pendapat masyarakat walaupun ia hanya diperoleh daripada sebahagian kecil masyarakat tersebut. Pendapat ini diperoleh melalui kaedah banci, temu bual, intenet dan telefon. Tinjauan pendapat ini diadakan dari semasa ke semasa sekiranya isu atau perkara itu masih dalam perhatian orang ramai. Contohnya, pendapat umum terhadap persaingan kerusi Presiden Amerika Syarikat antara Kerry dan Bush pada tahun 2004.
pollpengundianSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara.

Kembali ke atas