Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.na.ga] | تناݢ

Definisi : 1. kekuatan yg membolehkan sese­orang membuat sesuatu (pergerakan dll), daya: selesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ drpd nasi dan lauk ayam yg telah dijampi oleh neneknya; 2. kegiatan utk melakukan sesuatu: seluruh ~ rakyat disalur­kan utk meninggikan ekonomi negara; 3. = ~ pekerja orang yg bekerja, orang yg mengerja­kan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya;~ atom = ~ nuklear (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom atau nukleusnya; ~ baru orang-orang (yg akan mem­beri tenaga mereka) baru; ~ batin a) keupayaan melaku-kan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nam­pak­nya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; ~ buruh seluruh pekerja; ~ elektrik tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; ~ gerak tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (air yg mengalir dll); ~ ikatan (Kim) tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul; ~ kimia (Kim) tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia; ~ kinetik (Fiz) tenaga yg ada pd sesuatu jasad akibat per­ge­rakannya; ~ kuda bp kuasa kuda; ~ nuklear tenaga atom; ~ pengajar orang yg ahli atau berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, ke-mahiran dsb; ~ pengaktifan (Kim) tenaga yg perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku; ~ pengionan (Kim) tenaga minimum yg diperlukan utk menying-kirkan satu elektron dr satu atom atau ion gas; ~ sawat tenaga pd sesuatu mesin; ~ sinaran (Fiz) tenaga yg dipancarkan dlm bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet); ~ suria tenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; ~ wap tenaga drpd wap; bertenaga 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.na.ga] | تناݢ

Definisi : 1 kekuatan utk me­mungkinkan seseorang melakukan sesuatu; daya: Dia tidak mempunyai ~ hendak membuat kerja itu. 2 = ~ kerja orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuh­nya. 3 kuasa yg dikeluarkan atau yg terdapat drpd sesuatu. ~ atom tenaga yg dikeluarkan oleh atom. ~ elektrik tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. ~ gerak (kinetik) tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (spt pd air yg mengalir). ~ haba tenaga dlm bentuk haba (utk memanaskan sesuatu). ~ ikatan ist tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul. ~ kimia tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. ~ kuda ukuran utk menyukat kekuatan enjin dll. ~ nuklear tenaga yg terhasil drpd tidak balas nukleus; tenaga atom. ~ pengajar orang yg ahli atau yg berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dsb. ~ pengionan ist tenaga minimum yg diperlukan utk menyingkirkan satu elektron drpd satu atom atau ion gas. ~ sawat (mekanik) tenaga yg terdapat pd mesin. ~ suria tenaga yg diperoleh drpd cahaya matahari. ~ wap (stim) tenaga yg diperoleh drpd wap. bertenaga mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,

Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
energy sourcesumber tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPunca penjanaan tenaga yang boleh diguna pakai atau diperoleh sama ada secara langsung atau melalui proses perubahan tenaga. Contohnya, bahan api pepejal, bahan api cecair, tenaga suria, biojisim, tenaga hidro, tenaga geoterma, tenaga nuklear dan tenaga angin.
energy inputinput tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauJumlah tenaga yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem atau peranti. Peranti mungkin akan menukarkan jenis tenaga tetapi tidak menukarkan jumlah tenaga yang diterima. Contohnya, tenaga elektrik (input) yang dialirkan ke mentol akan berubah kepada tenaga cahaya dan tenaga haba (output).
energy starbintang tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauLabel yang digunakan pada peralatan elektronik untuk menggambarkan kecekapan penggunaan tenaga. Di Malaysia, bintang tenaga dibangunkan melalui sistem penarafan penggunaan tenaga elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga.
Arrhenius processproses ArrheniusFizikNanoteknologiProses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup.
Coulomb blockadepenghalang CoulombFizikNanoteknologiAlat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb.
energy storagestoran tenagaFizikNanoteknologiSistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam.
energy usage conservationpemuliharaan penggunaan tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUsaha atau amalan penjimatan dengan mengurangkan guna pakai tenaga. Pemuliharaan penggunaan tenaga biasanya dilakukan dengan meningkatkan kecekapan guna tenaga dan perkhidmatan yang berkaitan.
radiation energytenaga sinaranTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTenaga yang bergerak dalam bentuk gelombang atau zarah. Tenaga sinaran yang berbentuk gelombang mempunyai frekuensi yang tinggi dan jarak gelombang yang pendek, manakala tenaga sinaran berbentuk zarah pula bergantung kepada jisim zarah tersebut. Unit bagi tenaga sinaran ialah kilo-elektron volt (keV) atau mega- elektron volt (MeV).
elastic potential energytenaga keupayaan kenyalSains SukanBiomekanikTenaga yang disimpan oleh jasad apabila diregangkan atau dimampatkan. Contohnya, tenaga keupayaan pada tali panah yang diregangkan, trampolin yang diinjak dan bola getah yang melantun apabila dibaling ke dinding. Sinonim tenaga potensi elastik.
energy systemsistem tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSemua komponen yang berkaitan dengan pengeluaran, perubahan, penghantaran, penyimpanan dan penggunaan tenaga. Contohnya, sistem penjanaan tenaga elektrik daripada sumber hidro.
12345678910...

Kembali ke atas