tendon | tendon | Sains Sukan | Biomekanik | Jalur gentian putih atau korda yang menghubungkan otot dengan struktur yang boleh bergerak seperti tulang. |
tendon | tendon | Kejururawatan | Tiada | Berkas serat-serat kolagen yang keputih-putihan dan liat, berfungsi untuk menyemat otot-otot ke tulang. |
aponeurosis | aponeurosis | Sains Sukan | Biomekanik | Tendon leper yang menghubungkan otot yang lebar ke lekatan berjalur pada tulang. |
tendinitis | tendinitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada tendon. Biasanya disebabkan oleh penggunaan keterlaluan bahagian yang terlibat. |
active stretching | regangan aktif | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan sendiri oleh pelaku untuk mengurangkan risiko kecederaan otot. Regangan ini memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan. Contohnya, seseorang yang berada pada posisi menyergap (keadaan salah satu kaki dibengkokkan pada sudut 90�, manakala sebelah kaki lagi dihalakan ke belakang). Pada kedudukan ini, otot kaki digunakan untuk mengimbangi badan supaya tegak dalam kedudukan yang dikehendaki. |
passive stretching | regangan pasif | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan dengan meregangkan otot antagonis. Contohnya, seseorang meregangkan otot hamstring dengan meletakkan kaki di atas kerusi. Pada keadaan ini, tidak ada daya lain yang diperlukan untuk menahan regangan tersebut. |
rheumatism | reumatisme | Herba | Pemiawaian | Gangguan yang melibatkan kesakitan pada otot, sendi, tendon atau tulang. Reumatisme biasanya berkaitan dengan penyakit seperti artritis reumatoid, demam reumatik dan gout. Contoh herba yang dapat merawat reumatisme ialah ekstrak belinjau (Gnetum gnemon) dan temu lawak (Curcuma xanthorrhiza). |
proprioceptor | proprioseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Jenis reseptor yang lokasinya terhad di bahagian sendi, tendon, ligamen dan otot rangka. Jenis reseptor ini berfungsi untuk mengesan rangsangan berkaitan pergerakan. |
physiologic loading zone | zon pembebanan fisiologi | Sains Sukan | Biomekanik | Zon pada tisu, otot, tulang mineral, tendon dan ligamen yang mengadaptasi intensiti latihan pada kadar yang sama. |
periosteum | periosteum | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan tisu penghubung yang menyelaputi permukaan luar tulang panjang dan menjadi tempat peletakan otot, tendon dan ligamen. Periosteum mengandungi osteoblas (sel pembentuk tulang), osteoklas (sel pemusnah tulang), gentian saraf, salur darah dan limfatik. Periosteum mempunyai banyak salur darah dan berfungsi terhadap pertumbuhan tulang secara melebar. Lihat juga tulang panjang. |