tiger economy | ekonomi harimau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih. |
Limnophila sp. | Limnophila sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan herba akuatik dalam kategori tumbuhan timbul yang terdapat di kawasan lembap di Asia Tenggara, Afrika Timur dan Australia. Tumbuh-tumbuhan ini boleh hidup tenggelam di dalam air dan daun-daunnya tersusun secara putaran. Jenis-jenis Limnophila sp. ialah Limnophila aquatica, Limnophila aromatica, Limnophila hippuroides dan Limnophila sessiliflora. |
sympodial | simpodial | Buluh | Tiada | Perihal sistem percabangan rimpang buluh secara berumpun. Percabangan ini membentuk rimpang yang tumbuh berdekatan induk. Buluh simpodial ditemui dalam iklim tropika seperti Asia Tenggara dan Selatan Amerika. Contoh buluh simpodial ialah daripada genus Bambusa, Gigantochloa, Dendrocalamus. Sinonim pakimorf. |
opposing writer | penulis penentang | Kesusasteraan | Tiada | Penulis yang mempertikaikan ideologi politik dan budaya negara sendiri melalui karya mereka. Kebanyakan penulis berasal dari negara komunis seperti Boris Pasternak, Mikhail Zoshdrenko, Anna Akhmatova dan Alexander Solzhenitsyn dari Rusia, serta Vadav Havel dan Milan Kundera dari Czechoslovakia. Contoh penulis penentang di Asia Tenggara ialah Pramoedya Ananta Toer dan W. S. Rendra. Penulis lain ialah Taufik Ismail dari Indonesia melalui karyanya Malu Aku Menjadi Orang Indonesia. |
exoticism | eksotisisme | Kesusasteraan | Tiada | Keanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad. |