Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun mene­rus­kan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau meng­genangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad ber­juang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindak­an) menenggelamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1 masuk ke dlm air dan karam (ttg kapal dll): Sampai di kuala sungai, perahu itu dibedil oleh kapal Belanda lalu ~. 2 masuk dan terbenam ke dlm air dll; lw timbul. 3 masuk atau terbenam (ttg matahari). 4 ki hilang atau lenyap oleh sesuatu: Beberapa buah syarikat kerjasama telah ~ kerana pengurusannya lemah. 5 ki terlalu asyik (melakukan sesuatu); leka: Dia ~ dlm lamunannya. ~ punca menjadi bingung. ~ tim­bul sekejap tenggelam se­kejap timbul. menenggelami mem­banjiri atau menggenangi (ttg air): Banjir yg berlaku baru-baru ini telah ~ beberapa buah kawasan di situ. menenggelamkan 1 menyebab­kan tenggelam; mengaram­kan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. penenggelaman per­i­­hal (perbuatan dsb) teng­ge­lam, menenggelami atau me­nenggelamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,

Puisi
 

Lancang tenggelam kita berenang,
     Sampai ke tepi terkena duri;
Boleh abang masuk meminang,
     Takut ayah tidak memberi.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
submerged planttumbuhan tenggelamPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Tumbuhan tenggelam ini tumbuh dari dasar kawasan berair. Keseluruhan tumbuh-tumbuhan ini tidak akan berada di luar air. Contoh tumbuhan tenggelam ialah Vallisneria sp., Cabomba sp. dan Aponogeton sp.
sand barbeting pasirSains MarinTiadaRabung pasir atau sedimen kasar yang tenggelam atau separa tenggelam yang terbina oleh arus dan gelombang luar pantai. Beting pasir juga dikenali sebagai beting pasir luar pesisir pantai.
Vallisneria sp.Vallisneria sp.PerikananAkuakulturTumbuhan tenggelam yang juga dikenali sebagai Eelgrass atau Tape grass. Tumbuhan ini tidak berbatang dan akarnya berada di dalam dasar kawasan berair. Daun tumbuhan ini berbentuk seperti helaian riben yang mempunyai rongga udara untuk membolehkannya berkedudukan tegak di dalam air. Jumlah daunnya juga boleh mencapai sehingga 5 – 6 helai. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga yang terkeluar daripada air. Vallisneria sp. mempunyai stolon yang juga merupakan tempat tumbuh anak pokoknya. Vallisneria sp. juga sering dijadikan tumbuhan dalam akuarium. Terdapat beberapa jenis Vallisneria sp., iaitu Vallisneria americana, Vallisneria caulescens dan Vallisneria spiralis.
Egeria sp.Egeria sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang menyerupai Hydrilla sp. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun bilah berbentuk lanseolat yang tersusun dalam pusingan 3 – 6 helai daun. Contoh Hydrilla sp. ialah Egeria densa dan Egeria najas. Daun Egeria densa mempunyai kelebaran sebanyak 0.3 – 0.4 cm, iaitu lebih lebar berbanding Egeria najas dengan kelebaran 0.1 – 0.2 cm. Egeria sp. boleh menyerap karbonat dalam air untuk proses fotosintesis. Egeria Sp. juga memerlukan cahaya dan nutrien yang tinggi. Lihat juga Hydrilla sp.
Blyxa sp.Blyxa sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang tidak mempunyai batang. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti pedang dan tersusun dalam bentuk roset. Jenis-jenis Blyxa sp. termasuklah Blyxa alternifolius, Blyxa aubertii dan Blyxa japonica.
Cabomba sp.Cabomba sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam. Akar tumbuhan ini berada di dasar air. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai batang yang lembut, daun berbentuk jaringan halus yang tumbuh di sepanjang batang pokok dan mempunyai rongga udara yang membolehkan pokok ini tegak di dalam air. Bunga tumbuh-tumbuhan ini tumbuh di permukaan air, manakala daunnya berada di dalam air. Cabomba sp. popular sebagai tumbuhan dalam akuarium. Antara contoh Cabomba sp. ialah Cabomba aquatica, Cabomba caroliniana, Cabomba piauhyensis dan Cabomba palaeformis.
Hydrilla sp.Hydrilla sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Daunnya berbentuk lanseolat bersaiz 1.5 – 2.5 cm panjang dan 0.1 – 0.2 cm lebar. Jenis Hydrilla sp. yang popular ialah Hydrilla verticilllata.
embayed coastal plaindataran pinggir laut bertelukSains MarinTiadaDataran pantai yang sebahagiannya telah tenggelam di bawah laut sehingga membentuk sebuah teluk.
egg qualitykualiti telurPerikananAkuakulturPeratusan telur tersenyawa yang terapung berbanding dengan telur tidak tersenyawa yang tenggelam. Telur yang terapung 80% ke atas dikategorikan sebagai telur yang berkualiti.
fiord coastlinegaris pinggir lautSains MarinTiadaKawasan pinggir laut yang panjang, bercerun curam, sempit serta berliku dan terbentuk daripada kesan hakisan glasier yang tenggelam akibat kenaikan aras air laut. Kebanyakan bentuknya lebih dalam daripada laut yang bersebelahan.
12

Kembali ke atas