Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nun] | تنون

Definisi : barang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain, kapas, sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk membuat kain (cita dll); industri (perusa­haan) ~ perusahaan membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik ~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn menggunakan alat tenun);bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna; menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun; penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nun] | تنون

Definisi : ; bertenun bekerja membuat kain drpd benang, kapas, sutera dll: Ada juga sedikit-sedikit orang yg ~ kain sutera. menenun membuat kain drpd benang, kapas, sutera dll: ~ kain. tenunan 1 kain dsb yg ditenun: kain ~ Jawa. 2 hasil menenun; cara menenun: kain yg halus ~nya. penenunan per­buatan atau hal menenun. penenun orang yg kerjanya menenun kain dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenun
Kata Terbitan : bertenun, menenun, tenunan,

Puisi
 

Jika Leman kekasih orang,
     Dipalit dengan tenun aksinya;
Ingat-ingat abang seorang,
     Balik belakang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cupak sudah tertegak,
     suri sudah terkembang (=terentang).

Bermaksud :

Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lametempang; lame (fabrik)KesenianTiada2. Lame: Fabrik daripada yarn gimpal sebagai latar belakang atau corak, yang ditenun dengan tenun jaquard atau tenun permatang. Pada masa ini yarn logamnya bersalut poliester untuk mengelakkannya daripada pudar.
braidpita tenun tirusKesenianHiasan DalamanBingkai hiasan yang digunakan sebagai trimin kun atau renda dan sulaman. Biasanya, pita ini dibentuk dengan cara kemili (memilin tali kembar empat).
nonwoven fabricfabrik tak tenunSosiologiTiadaTiada
nonwoven fabricfabrik tak tenunPentadbiran PerniagaanTiadaFabrik yang melalui kaedah terikat atau jalinan secara tindak balas kimia.
tapestrydewanggaKesenianHiasan DalamanFabrik tebal (tekat, sulam atau tenun tangan) yang bercorak hiasan, yang menggambarkan peristiwa bersejarah atau semasa. Coraknya dibentuk menggunakan benang pakan yang diolah di atas benang ira yang dikehendaki sahaja. Fabrik ini digunakan untuk hiasan dinding dan hiasan pelengkap rumah.
gimppita hiasKesenianHiasan DalamanBingkai hiasan daripada pita tenun tirus (pita brid) yang digunakan pada kemasan perabot upholsteri bagi menyembunyikan barisan paku kecil pada perabot. Pita ini juga dijadikan sebagai satu unsur hiasan.
herbal strainingpenyaringan herbaHerbaTiadaKaedah untuk mengasingkan bahan herba berzarah besar daripada cecair ekstrak dengan cara melalukan cecair menerusi medium berturas tenun atau plug berkapas. Contohnya penyaringan serbuk daun teh atau kopi. Sinonim penurasan kasar.
melancholysayuKesusasteraanPuisiNada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina.

Kembali ke atas