Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nu.nan] | تنونن

Definisi : 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nu.nan] | تنونن

Definisi : 1 kain dsb yg ditenun: kain ~ Jawa. 2 hasil menenun; cara menenun: kain yg halus ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenun
Kata Terbitan : bertenun, menenun, tenunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ginghamgenggangKesenianHiasan DalamanFabrik tenunan yang dibuat daripada kapas yang mempunyai corak petak berwarna pada permukaan putih. Fabrik ini dihasilkan melalui proses benang kapas campuran yang dicelup dibuat daripada benang yang berwarna, sederhana dan halus.
reedmensiangKesenianHiasan Dalaman1. Kumai yang menyerupai rumput panjang yang terdapat dalam air cetek atau paya. 2. Sebahagian daripada alat tenunan karpet yang mempunyai jalur logam nipis dan ruang di antaranya supaya yarn lungsin melepasi ruang tersebut. Pergerakan mensiang ini akan menolak dan mengetatkan yarn ke dalam fabrik atau karpet.
fabric-backedlapik fabrikKesenianHiasan DalamanLapisan fabrik yang dilekatkan di bahagian belakang lapisan kemasan, seperti kertas dinding. Lapisan ini diperbuat daripada kain tenunan atau bulu yang dikait atau struktur yang tidak ditenun, yang disebarkan secara rawak pada gentian tekstil. Lapisan ini berfungsi sebagai penguat kepada lapisan kertas dinding supaya tidak mudah koyak atau rosak.
plushplushKesenianHiasan DalamanPermukaan atas tekstil atau benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat, dipotong mengikut kaedah pail atau nap yang menyerupai baldu atau fustian. Tenunan atau tekstil daripada benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat yang dipotong mengikut kaedah pail atau nap. Plush digunakan secara meluas untuk upholsteri, perabot serta digunakan untuk membuat pakaian dan topi. Plush moden dihasilkan daripada serat tiruan seperti poliester atau rayon. Plush berasal daripada perkataan Perancis iaitu peluche.
Aubusson carpetpermaidani AubussonKesenianHiasan DalamanPermaidani atau dewangga yang ditenun tangan, tanpa jalur bebenang menegak. Permaidani ini dinamakan Aubusson sempena sebuah bandar di Perancis yang terkenal dengan kehalusan tenunan permaidaninya sejak kurun ke-15.
pitchpicKesenianHiasan Dalaman1. Pengumpulan resin yang berpunca daripada proses pemisahan di dalam kayu atau di dalam sel kayu tersebut. 2. Penandaan kerapatan pail di sepanjang lebar sesuatu tenunan karpet yang digambarkan melalui bilangan benang atau panjang jalur yang terkandung pada kelebaran 702 mm. Semakin besar nilai pic, semakin rapat kedudukan satu pail dengan pail yang lain dalam lebar karpet. 3. Atap yang condong atau paip yang mendatar. Lihat juga atap.
Persian carpetpermaidani ParsiKesenianHiasan DalamanPermaidani yang dianggap penting dalam seni dan budaya Parsi kerana tenunannya merupakan suatu kemahiran terulung dalam seni dan budaya Parsi. Berdasarkan bukti yang ditemui oleh pengkaji, seni tenunan ini telah bermula sejak zaman Parsi purba. Permaidani Parsi terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Farsh/Qalii' (ukuran melebihi 6'0'x 4'0') 2. Qalicheh (ukuran tidak melebihi 6'0' x 4'0') 3. Kilim(permaidani nomad, termasuklah Zilu yang bermaksud permaidani kasar). Sinonim 'ambal parsi'.

Kembali ke atas