Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tépak) 1. sj bekas rokok (tembakau dll) yg dibuat drpd daun pandan dll, celepa; 2. = ~ sirih sj kotak kecil (drpd kayu, logam, dll) utk bekas sirih; ~ jorong bekas sirih yg bulat dan panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), Fissis-tigma cyclindricum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang menampar atau menepuk; menepak 1. memukul (menangkis) dgn telapak atau belakang tangan: ~ pukulan; ~ senjata; 2. (Sunda) menepuk, menampar: ~ muka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tépak/ 1 bekas yg dibuat drpd daun pandan dll utk tempat rokok, tembakau dsb; celepa. 2 = ~ sirih kotak kecil yg dibuat drpd kayu, logam dll utk tempat sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepak

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
betel leaf holdertepak sirihArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSimbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak.
candle stand foldlipatan tepak lilinPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk lilin yang diletakkan ke dalam bekas.
kelarai celepa(Br.)kelarai celepa(Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda seperti celepa atau tepak berbentuk segi empat bujur, lazimnya terdapat pada seraung. Sinapala
sinalapa(Du., Kdz.)sinalapa(Du., Kdz.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda seperti celepa atau tepak berbentuk segi empat bujur, lazimnya terdapat pada seraung.
pola pemidangpola pemidangKesenianTiadaUkiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. pola bingkai
pola bingkaipola bingkaiKesenianTiadaUkiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya.

Kembali ke atas