meridian circle | bulatan meridian | Matematik | Tiada | Alat yang digunakan untuk menentukan kedudukan suatu jasad samawi dengan setepat-tepatnya. Alat ini terdiri daripada bulatan yang dibahagikan dengan setepat-tepatnya dan dilengkapkan pada teleskop yang dipasang memangsi pada paksi timur-barat. |
histogram | histogram | Hidrologi | Tiada | Gambarajah kekerapan ekavariat dengan luas segiempat tepatnya berkadaran dengan kekerapan kelas, dibina di paksi mendatar dengan kelebarannya sama dengan selang kelas. |
standard star | bintang piawai | Matematik | Tiada | Bintang yang kedudukannya sudah diketahui dengan setepat-tepatnya sehingga dapat digunakan sebagai titik rujukan dan asas perbandingan atau perkiraan dalam menentukan jasad samawi atau objek bumi yang lain. |
judicial criticism | kritikan kehakiman | Kesusasteraan | Puisi | Kritikan sastera yang mencuba dengan teliti dan setepat-tepatnya menggunakan ukuran-ukuran umum dan kriteria yang objektif, menganalisis, mengelas, mendefinisi dan menilai karya seni. |
photographic zenith tube | tiub zenit fotograf | Matematik | Tiada | Teleskop khas untuk menentukan masa dengan setepat-tepatnya dengan memasangnya pada kedudukan tegak supaya objek yang dicerap itu merupakan bintang yang berada pada zenit atau berhampiran dengan zenit balai cerap. |
spheroid of reference | sferoid rujukan | Matematik | Tiada | Angka bersifat teori yang dimensinya hampir mendekati dimensi geoid dan dimensi tepatnya ditentukan dengan pelbagai pertimbangan terhadap bahagian permukaan bumi yang dipertimbangkan. Contohnya sferoid rujukan ialah sferoid Bessel, sferoid Clarka, sferoid Delambre, sferoid Everest, sferoid Hayford, dan sferoid Helbert. Reference spheroid. |
fundamental stars | bintang asasi | Matematik | Tiada | Sebilangan bintang yang terserak di seluruh langit yang kedudukannya telah ditentukan dengan setepat-tepatnya. Bintang ini digunakan sebagai piawai dalam menentukan kedudukan bintang yang lain-lain. |
standard sequence | jujuk piawai | Matematik | Tiada | Sebilangan bintang di kawasan langit terpilih, yang magnitud dan warnanya ditentukan dengan setepat-tepatnya. |
meridian instruments | alat meridian | Matematik | Tiada | Peralatan yang direka dan digunakan untuk mencerap bintang yang melintasi meridian dengan setepat-tepatnya. Yang paling penting ialah bulatan meridian atau alat transit meridian. |
radio astrometry | astrometri radio | Matematik | Tiada | Cabang astrometri yang menggunakan radio teleskop untuk mengukur koordinat objek samawi dengan setepat-tepatnya. |