Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gatgatSains MarinTiada1. Bahagian alur tepi pesisir laut atau selat yang memisahkan kepulauan luar pesisir dengan tanah besar. 2. Pembukaan kawasan cenuram atau cerun laut yang membolehkan perhubungan kawasan pedalaman ke kawasan pinggir laut.
edge bandlengkung tepiKesenianHiasan DalamanKemasan bahagian tepi sesuatu struktur yang bersifat boleh melengkung seperti dalam pembuatan perabot. Kemasan ini yang berukuran 1.625 mm pada permukaan papan lapis atau papan zarah. Bahan kemasan bagi permukaan perabot yang biasa digunakan ialah venir atau laminat, sesuai dengan ketebalan bahan yang hendak ditutup.
boundary linegaris sempadan; garis tepi (Bola Tampar)Undang-undangTiada1. Garisan atau benda yang menunjukkan had atau pinggir sebidang tanah atau kawasan atau wilayah.,2. Garisan pembahagi atau pemisah di antara negara, negeri, daerah atau wilayah atau tanah.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.
apronapronKesenianHiasan Dalaman1. Kawasan pembinaan yang kecil, bersebelahan dengan kawasan lain yang lebih besar dan kedudukannya ditinggikan dari aras tanah. Contohnya, apron kecil taman. 2. Bahagian melintang di bawah dan di tepi meja atau kerusi untuk menguatkan struktur.

Kembali ke atas