Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Puisi
 

Rumah kecil di tepi laut,
     Tempat memancing ikan tenggiri;
Tubuh kecil bagai diraut,
     Membuat abang tidur bermimpi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seaside restaurantrestoran tepi lautPelanconganTiadaTempat menjual makanan dan minuman, serta menyediakan kemudahan untuk menikmati makanan di tepi laut.
waterfronttepian airSains MarinTiadaKawasan khas yang dibina di pesisir pantai, sungai dan laut untuk bersiar-siar bagi pelancong atau untuk tujuan riadah sambil menikmati pemandangan khususnya di tepi laut, tasik dan kawasan perkelahan.
gatgatSains MarinTiada1. Bahagian alur tepi pesisir laut atau selat yang memisahkan kepulauan luar pesisir dengan tanah besar. 2. Pembukaan kawasan cenuram atau cerun laut yang membolehkan perhubungan kawasan pedalaman ke kawasan pinggir laut.
sea cliffcenuram lautSains MarinTiadaCerun yang dihasilkan oleh hakisan ombak yang terdapat di tepi pantai yang menghadap laut atau di sisi platform potongan ombak yang menghadap daratan dan menandai had hakisan pantai.
edge wavegelombang pinggirSains MarinTiadaGelombang yang wujud terutama di tepi garis pemutus dan tersebar di sepanjang pantai. Gelombang ini dihasilkan oleh gelombang tuju dengan amplitud yang maksimum di garis pantai dan berkurang dengan cepat ke arah laut.
laypuisi dendangKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.
quatrainkuatrinKesusasteraanTiadaPuisi yang terdiri daripada empat baris dalah satu rangkap, biasanya berpola rima a,b,c,d. Kadang-kadang pola rimanya dalam bentuk a,b,a,a; a,a,b,b; a,b,b,a, dan a,a,b,a. Kuatrin banyak digunakan dalam puisi Eropah dan biasanya puisi panjang dalam bentuk naratif. Kuatrin terangkum dalam dua komponen oktaf soneta. Contoh dalam sajak Inggeris oleh Ogden Nash seperti yang berikut: Sure, deck your lower limbs in pants, Yours are the limbs, my sweeting, You look divine as you advance, Have you seen your self retreating? Contoh sayak Melayu oleh M. Ali Hasymy adalah seperti yang berikut: Lihat Tuan, biduk hayatku, Dihempas gelora segara dunia, Hanyut tiada bertentu tuju, Berlayar entah ke mana-mana, Ke mana kudayung bahtera hidupku, Laut dunia besar ombaknya, Ke mana daku mengarah tuju, Tanah tepi samar tampaknya.

Kembali ke atas