calomel electrode | elektrod kalomel | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang digunakan sebagai elektrod rujukan. Elektrod kalomel ini terdiri daripada raksa, merkuri (I) klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Apabila larutan kalium klorida yang tepu digunakan elektrod ini dikenali sebagai elektrod kalomel tepu. |
saturated fat | lemak tepu | Sains Kesihatan | Tiada | Lemak yang strukturnya tidak mempunyai ikatan rangkap. |
asphalt-saturated felt | langkan asfalt tepu | Kejuruteraan | Tiada | Langkan daripada campuran asfalt dan kertas tebal yang boleh diperolehi dalam berbagai-bagai ukuran tebal. |
saturated fatty acid | asid lemak tepu | Veterinar | Tiada | Asid lemak yang mengandungi ikatan bon tunggal sahaja. Contohnya, asid lemak meruap yang mempunyai rantai karbon yang pendek seperti asid-asid formik (C1), asetik (C2), propionik (C3) dan butirik (C4) atau yang berantai karbon panjang seperti asid laurik (C12), palmitik (C16) dan stearik (C18). Asid yang berantai panjang mempunyai takat lebur yang tinggi melebihi 40° C dan dalam suhu bilik asid ini berada dalam bentuk beku. |
allyl | alil | Fizik | Nanoteknologi | Radikal organik yang univalens dan tidak tepu, formula kimianya, CH2=CHCH2. Alil dihasilkan daripada propena dengan kehilangan 1 proton dan mempunyai struktur resonans kimia. Bahan ini merupakan surfaktan yang dapat membentuk nanozarah. |
alkyds | alkid | Kesenian | Hiasan Dalaman | Damar yang dihasilkan daripada asid tak tepu dan gliserol. Bahan ini digunakan sebagai penyalut cat dan bahan perekat. |
urban expansion | pengembangan bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pembesaran kawasan tepu bina sesebuah bandar yang disebabkan oleh pertambahan penduduk dan perkem- bangan aktiviti bandar sama ada secara terancang atau tidak. |
fatty acid | asid lemak | Herba | Pemiawaian | Asid karboksilik yang berantai lurus, sama ada tepu atau tidak, terdiri daripada rangkaian kumpulan alkil yang mengandungi 4 hingga 22 atom karbon dan satu kumpulan karboksil, -COOH. Asid ini wujud dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau cecair. Asid lemak tergolong dalam kumpulan lipid, dan kebanyakannya wujud secara semula jadi dalam herba, seperti asid linoleik dan asid palmitik. |
mono-unsaturated fat | lemak monotaktepu | Sains Kesihatan | Tiada | Lemak yang strukturnya mempunyai satu ikatan tidak tepu atau rangkap dua pada rantai karbonnya. |
polyunsaturated fat | lemak politaktepu | Sains Kesihatan | Tiada | Lemak yang strukturnya mempunyai lebih daripada satu ikatan tidak tepu dalam rantai karbonnya. |