Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter dalam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ter in di''e (TID)Ter in di''e (TID)AIDSTiadaSingkatan yang bermakna tiga kali sehari dalam pemberian ubat. Contoh, Zalcitabine 0.75 mg TID
qua''ter in di''e (QID)qua''ter in di''e (QID)AIDSTiadaSukatan empat kali sehari dalam proses pemberian ubat. Contoh, Acyclovir 250 mg QID.
sharewareperisian kongsiPendidikanTiada

 Perisian yang boleh digunakan percuma dalam tempoh ter-tentu. Selepas tempoh tersebut, anda dikehendaki membeli-nya. Setelah anda membelinya, versi perisian terkini akan diberikan.

eschatologyeskatologiKesusasteraanTiadaCabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat ter
colotomickolotomikMuzikTiada

 Sistem penandaan frasa dan pusingan masa dengan gong tertentu dalam muzik Asia Tenggara. Contohnya, gong ageng, kempul, ketuk dan kempyang menandakan unit kolotomik gongan dalam muzik gamelan Jawa. Struktur kolotomik mewujudkan bentuk dalam beberapa genre gamelan Jawa seperti sampak, srepegan, bubaran, lancaran, ladrang dan ketawang. Sinonim struktur kolotomik.

testimonialsperakuanKomunikasiKorporatKaedah penyampaian mesej pemasaran dan sosial yang berasaskan bukti keberkesanan barangan atau perkhidmatan. Pemaparan bukti keberkesanan tersebut dijangka dapat mempengaruhi khalayak untuk menyokong pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan. Bukti kejayaan yang boleh dalam bentuk hasil ujian makmal atau perakuan penggunaan oleh seseorang personaliti. Dalam konteks ini, penggunaan oleh personaliti terkenal kerap digunakan sebagai bukti keberkesanan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perakuan penting untuk meningkatkan keyakinan khalayak ter-hadap barangan atau perkhidmatan melalui pengaruh sedia ada yang terdapat pada personaliti terkenal, seperti ahli politik, personaliti hiburan, ahli sukan atau pakar bidang seperti doktor, atau pakar pemakanan.
likaylikayMuzikTiada

 Teater popular atau opera Thailand yang dipersembahkan untuk hiburan di pentas prosenium di kuil dan di pasar. Tea­ter ini menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Cerita yang dipentaskan berkaitan dengan orang bangsawan dan rakyat biasa serta sejarah. Nyanyian, tarian dan cerita diiringi ensembel pi phot. Teater ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu stambul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim jikey.

hyangakhyangakMuzikTiada

 Muzik istana subkategori chongak yang berbeza dengan t'angak, Hyangak ialah muzik istana yang menggabungkan muzik Korea dengan muzik China. Contoh hyangak yang terkenal ialah Sujech 'on, iaitu sebuah muzik instrumental yang dicipta pada awal abad ke-9. Hyangak dalam bahasa Korea bermaksud muzik Korea asli.

 

media relationsperhubungan mediaKomunikasiKorporatUsaha perhubungan antara pihak organisasi awam atau swasta dengan agensi media cetak atau elektronik. Proses perhubungan tersebut dirancang secara sistematik bagi memastikan berlakunya sifat hubungan yang positif, tekal, dan berkesan bagi mencapai keperluan organisasi. Bentuk keperluan tersebut adalah seperti mudah mendapatkan kerjasama media dalam aktiviti penyebaran maklumat organisasi kepada khalayak luar organisasi dan sentiasa mendapat liputan yang luas dan positif. Kaedah untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengumpul senarai maklumat petugas media, mengenal pasti gaya penyediaan maklumat penerbitan dan penyiaran di setiap media, memantau sebarang perubahan yang berlaku dalam organisasi media, dan melakukan hubungan antara peribadi dengan petugas media. Pada peringkat yang lebih formal, perhubungan tersebut boleh dilakukan melalui sidang media, edaran siaran media, lawatan media, dan acara khas media. Kelengkapan peralatan teknologi komunikasi maklumat turut memudahkan pelaksanaan hubungan ter
branyobranyoMuzikTiada

Tarian sosial masyarakat Portugis di Melaka yang berasaskan joget atau ronggeng seperti lagu Jinkly Nona. Muziknya ter­diri daripada irama tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. 

12

Kembali ke atas