Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ottuottuMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Ottu terdiri daripada tiub panjang yang berukuran satu meter atau lebih dan ridnya terletak pada pangkal alat muzik tersebut. Ottu diperbuat daripa­da kayu dan mempunyai satu atau dua lubang jari sahaja. Alat muzik ini menghasilkan dron, iaitu satu pic secara berterusan untuk mengiringi bahagian melodi yang dimainkan oleh alat muzik nagasvaram. Ottu dimainkan dalam muzik kuil agama Hindu dan muzik klasik Karnatak di kawasan selatan India.

nang sbek thornnang sbek thornMuzikTiada

 Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga).


Kembali ke atas